Musim bayar cukai kini kembali dan berikut merupakan panduan mengisi borang cukai pendapatan atau borang e-BE melalui sistem e-Filing ezHASiL LDHNM.
Untuk makluman, tarikh akhir pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) adalah pada 30 April 2023 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan sebaran perniagaan.
Manakala bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan, tarikh akhir pengemukaan borang adalah pada 30 Jun 2023.
Sebagai pembayar cukai, pastikan anda tidak terlepas pandang senarai pelepasan cukai yang dimaklumkan oleh LHDN.
e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun.
Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.
e-Filing LHDN
Sedikit pengenalan tentang e-Filing LHDN.
Sistem tersebut bertujuan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Melalui sistem e-Filing, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.
Berbeza dengan sistem dahulu di mana anda perlu menghantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai secara manual di pejabat LHDN.
Berikut prosedur pembayaran cukai pendapatan dari iMoney.
Cara Daftar e-Filing
Jika anda ingin mendaftar e-filing, anda perlu memastikan anda telah mempunyai akaun LHDN. hal ini demikian kerana, pengurusan cukai pendapatan melibatkan lembaga hasil dalam negeri sama ada secara terus atau tidak.
Pendaftaran Akaun LHDN
Pendaftaran akaun LHDN boleh dilakukan secara atas talian atau manual. Secara atas talian boleh dilakukan melalui aplikasi e-Daftar di EZ Hasil. Anda hanya perlu menyediakan dua perkara jika anda mendaftar secara atas talian iaitu:
- Passport bagi bukan warganegara
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan).
Untuk pendaftaran secara manual pula boleh dilakukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan dengan anda. Dokumen yang perlu disediakan jika melakukannya secara manual adalah:
- Borang CP600
- Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji
Permohonan No. Pin E-Filing
Setelah memperolehi nombor cukai pendapatan, anda boleh mula memohon no. pin bagi pendaftaran e-filing. Seperti pembukaan akaun LHDN, ia juga boleh dilakukan secara manual dan atas talian.
- Secara manual boleh dilakukan melalui mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan dengan kawasan anda; atau
- Secara atas talian menerusi laman Maklum Balas Pelanggan HASiL,
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan atau passport pemohon; dan
- Borang CP55D bagi permohonan nombor pin E-Filing individu
- CP600B (Sekiranya e-mel tidak berdaftar dengan LHDN).
Pendaftaran Akaun E-Filing
Setelah mendapatkan no. pin anda sudah boleh mula mendaftar bagi E-filing. Anda perlu Login buat kali pertama bagi mendaftar sijil digital. Perkara ini boleh dilakukan dengan
- Log masuk ke laman laman web ezHASiL.
- Masukkan No. Pengenalan dan No. Pin yang telah anda peroleh
- Pilih Perkhidmatan pergi ke e-Filing dan pilih e-Borang yang dikehendaki.
- Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
- Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
Cara Isi e-Filing
#1 – Layari My Tax
Sila masukkan maklumat yang diminta iaitu Jenis Pengenalan (Passport/Kad Pengenalan/No. Tentera/No. Polis) dan No. Pengenalan.
#2 – Pilih eBorang
Selepas daftar masuk, pilih pada menu perkhidmatan di bahagian atas kiri paparan dan klik ezHASiL kemudian pilih e-filing.
Terdapat perkhidmatan e-BE tahun Taksiran (Tahun Semasa), e-Permohonan Pindaan BE, e-Borang,dan e-Semakan Pengesahan,
Tekan pada butang e-Borang dan pilih status yang berketepatan dengan anda, iaitu sama ada anda Individu pemastautin (Menjalankan perniagaan/Tidak menjalankan perniagaa), atau individu bukan pemastautin
Jika anda ingin mengisi borang secara manual anda boleh memperoleh borang dengan memuat turun borang tersebut melalui pautan berikut: https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/.
Di sini pastikan anda pilih eBorang yang betul sama ada:
- e-E: Majikan
- e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
- e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
- e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
- e-P: Perniagaan perkongsian
- e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
- e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
Bagi anda yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.
Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
- Maklumat Individu
- Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
- Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
- Rumusan
Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda.
Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.
Di halaman akuan seperti gambar di bawah, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.
Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik “Tandatangan & Hantar”.
Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Selesai pendaftaran e-Filing cukai pendapatan 2022 / 2023 anda.
Untuk info lanjut, muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini:
Maklumat Lanjut
Jika terdapat persoaalan atau masalah boleh terus hubungi pihak berkaitan melalui:
- Telefon : 1-800-88-5436
- Twitter : @LHDNMOfficial
- Facebook: LHDN
- Portal Rasmi: Laman Web Rasmi LHDN