Ibu bapa boleh membuat semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 tahun 2023 bermula 17 Mac 2023 sehingga 2 April 2023.
Permohonan SBP tingkatan 4 dibuka bulan September tahun lepas di mana ibu bapa boleh mengisi borang permohonan online sebelum PT3 diumumkan.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memohon kemasukan ke MRSM.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh dan cara semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan tawaran permohonan ke Tingkatan 4 sekolah khusus, SBP bagi sesi 2023 / 2024.
Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2023
Untuk memohon SBP, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
- Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Murid mestilah mengambil ujian UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh) sebagai salah satu syarat kelayakan.
Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.
Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
Keputusan SBP tingkatan 4 boleh dibuat secara online di https://spskt4.moe.gov.my
Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:
- Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
- Makluman melalui SMS
Bagi kemasukan tingkatan 1, anda boleh membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut: Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 2023
Tawaran penempatan SBP adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan.
Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.
Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran.
Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.
Baca: Ranking SBP Terbaik 2020
Aliran Matapelajaran Tingkatan 4
Terdapat lima (5) aliran matapelajaran bagi kemasukan tingkatan 4 SBP, antaranya:
Aliran Sains Tulen
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Sains Tulen Agama
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Agama Ikhtisas
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Aliran Sains Teknikal
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Lukisan Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan
Aliran Sains Sosial
- BM
- BI
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Rayuan Sekolah Berasrama Penuh
Bagi murid yang gagal, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2023.
Permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama semakan tawaran dibuka.
Murid boleh mengisi borang rayuan secara online.
Untuk info lanjut layari portal rasmi KPM.