Advertisements

Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 Tahun 2023

Bagi ibu bapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2023, semakan tawaran penempatan SBP Tingkatan 1 boleh dibuat bermula 17 Mac di portal rasmi KPM.

Bagi murid yang tidak layak, permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh sama.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh dan cara semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan tawaran permohonan ke Tingkatan 4 sekolah khusus, SBP bagi sesi 2023 / 2024.

semakan sbp

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2023

Permohonan kemasukan SBP tingkatan 1 hanya terbuka untuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Setiap murid yang memenuhi kriteria di atas akan diminta untuk mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau UKSBP sebagai salah satu syarat kelayakan.

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid tingkatan 1 SBP.

SEMAKAN MATA PELAJARAN

Untuk makluman, permohonan SBP 2023 telah pun ditutup bulan November yang lepas.

Kini ibu bapa hanya menunggu keputusan SBP Tingkatan 1 bagi mengetahui di mana anak mereka akan ditempatkan.

Terdapat 68 buah SBP seluruh Malaysia. Penempatan SBP bergantung kepada permohonan dan keputusan KPM sendiri.

Semakan tawaran penempatan boleh dibuat di https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:

  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS

Bagi kemasukan tingkatan 4, boleh melihat di artikel berikut: Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2023.

Tawaran adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan.

Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.

Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran.

Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.

Baca juga:

Rayuan SBP

Bagi murid yang gagal, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2020.

Permohonan rayuan akan dibuka pada 17 Mac hingga 2 April 2023.

Murid boleh mengisi borang rayuan secara online.

Untuk info lanjut layari portal rasmi KPM.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.