Advertisements

Semakan Dividen KWSP 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), telah mengumumkan berkenaan Dividen KWSP bagi hasil pada tahun 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, boleh teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Tentang KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia.

Ditubuhkan pada 1951, KWSP membantu tenaga kerja dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Skim simpanan KWSP ini terdiri daripada dua jenis iaitu konvensional dan shariah, bagi pengguna beragama Islam anda digalakkan mengambil skim shariah, agar dapat memudahkan urusan anda supaya tidak perlu melakukan penyucian harta.

Dengan mempunyai dan menyertai akaun KWSP, anda layak menerima dividen KWSP dari tahun anda mempunyai akaun tersebut.

Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

Dividen KWSP adalah pengagihan sebahagian pendapatan syarikat (dividen) kepada pemegang saham (Pengguna KWSP) berdasarkan peratusan skim simpanan yang telah dipilih oleh pengguna KWSP iaitu skim simpanan konvensional atau simpanan shariah.

Pada 4 Mac 2023, yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.35% bagi Skim Simpanan Konvensional dan 4.75% bagi Skim Simpanan Shariah bagi tahun kewangan 2022.

Dividen KWSP KONV
Dividen Skim Simpanan Konvesional
Dividen KWSP SH
Dividen Skim Simpanan Shariah

Beliau juga menyatakan bahawa , jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM5.7 bilion.

Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya

Kadar dividen pada tahun kewangan 2022 ini adalah lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10% dan 5.65% untuk Simpanan Shariah.

Kadar ini juga adalah kadar terendah sejak 2020 bagi Simpanan Konvensional (5.20%) dan terendah bagi Simpanan Shariah, sejak skim ini mula diperkenalkan pada 2017.

Anda boleh melihat jadual dividen KWSP untuk tahun-tahun sebelumnya untuk melihat penambahan dan pengurangan dividen yang diterima dari tahun KWSP diperkenalkan:

TahunSimpanan Konvensional (%)Simpanan Shariah (%)
20224.755.35
20216.105.65
20205.205.00
20195.455.90
20186.156.40
20176.90
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15

Cara Semakan Dividen KWSP

Semakan Dividen ini boleh dilakukan bermula 4 Mac 2023.

Terdapat tiga (3) cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak dividen KWSP, iaitu:

  • Pergi ke cawangan KWSP berhampiran anda;
  • Pergi ke Kiosk KWSP, atau;
  • Secara atas talian melalui i-Akaun.

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my atau terus ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID yang telah ditetapkan.
  4. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia adalah tepat.
  5. Masukkan Kata Laluan anda
  6. Klik “View Details” di bahagian menu Dividen.
  7. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

*Nota: Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Anda boleh lihat kaedah pendaftaran i-Akaun dibawah.

Langkah Pembukaan i-Akaun

Dibawah merupakan langkah pembukaan i-Akaun bagi ahli KWSP.

  1. Mendaftar i-Akaun di mana-mana cawangan KWSP atau Kiosk KWSP berhampiran anda.
  2. Layari www.kwsp.gov.my atau terus ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  3. Masukkan no. ahli KWSP sebagi Id pengguna dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS.
  4. Selepas mengaktifkan akaun, sila tetapkan id pengguna dan kata laluan yang baharu.
  5. Pilih imej keselematan anda dan lengkapkan frasa rahsia.
  6. Setelah berjaya, masuk semula menggunakan id dan kata laluan baharu yang telah anda tetapkan.
  7. Akhir sekali pengesahan nombor telefon TAC hendaklah dilakukan setelah berjaya log masuk.

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Dividen KWSP 2022 di Portal Rasmi KWSP atau anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: