Advertisements

idMe KPM: Login & Pendaftaran Online

idMe KPM merupakan sebuah sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi memudahkan urusan pengurusan data dan pengesahan maklumat yang wujud dalam KPM dan juga penggunanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem idMe KPM ini, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini. 

Sistem idMe KPM

Sistem idMe yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan repositori utama dalam penyimpan dan pengesahan kelayakan pengguna KPM yang terdiri daripada kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. 

Secara ringkasnya, idMe KPM adalah sebuah sistem pengurusan identiti pengguna KPM, dengan setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem, iaitu modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

Kaedah Pendaftaran Sistem idMe

Bagi pengguna baru sistem idMe KPM ini anda perlu mendaftar ke dalam sistem terlebih dahulu sebelum boleh ‘login’ secara biasa. 

Dibawah merupakan kaedah pendaftaran sistem idMe KPM ini:

  1. Pergi ke Portal idMe di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login 
  2. Tekan butang Daftar Baharu.
  3. Isikan semua maklumat yang dikehendaki.
  4. Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot’ dan masukkan captcha yang diberikan dalam medan yang disediakan. 
  5. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna. 
idMe KPM

*NOTA: Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru. 

Login idMe KPM Pengguna Sedia Ada

Untuk pengguna yang telah berdaftar dengan sistem idMe ini, anda boleh log masuk dengan cara berikut:

  1. Pergi ke Portal idMe KPM di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/Passport.
  3. Tekan butang ‘Daftar Masuk’
  4. Klik checkbox jika paparan kunci keselamatan anda adalah tepat.
  5. Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Tekan butang ‘Daftar Masuk’.
idMe KPM

Penukaran Kata Laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang telah ditetapkan, anda boleh mendapatkan semula akses masuk ke dalam sistem idMe dengan cara berikut:

  1. Tekan butan Lupa Kata Laluan di Portal idMe KPM di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login
  2. Masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
  3. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  4. Pengguna akan menerima e-mel bagi penetapan semula kata laluan.
  5. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  6. Masukkan maklumat e-mel dan nombor kad pengenalan yang diminta.
  7. Masukkan kata laluan baharu dan sahkan kata laluan tersebut.
  8. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk menukar kata laluan tersebut.

Manual Pengguna

Untuk manual pengguna yang lebih jelas anda boleh menonton video yang disediakan di laman Youtube BPM KPM atau anda boleh membaca manual pengguna yang telah disediakan oleh pihak KPM di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan atau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti Kementerian Pendidikan Malaysia (idMe KPM) ini, anda boleh kemukakan ke alamat berikut:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

atau anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab di talian berikut:

No. Tel : 03-88843501

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.