Advertisements

Semakan Keputusan UPKK 2023 (Ujian Penilaian Kelas Kafa)

Untuk perhatian dan maklumat pelajar, bubapa, dan penjaga yang berkenaan, keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK 2022), menurut pihak JAKIM, akan diumumkan pada 9 Mac 2023 tepat pada pukul 4:00 Petang.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cara menyemak keputusan UPKK ini, teruskan pembacaan anda.

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

Ujian Penilaian Kelas Kafa atau UPKK merupakan satu penilaian sekolah rendah yang dilakukan oleh pelajar Tahun 5 (11 Tahun) bagi enilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan dalam bidang-bidang tersebut:

  • Al-Quran
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah )
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam.
  • Amali Solat

Syarat-syarat Kelayakan Menduduki UPKK 2022

Beriku merupakan syarat bagi melayakkan seorang pelajar untuk menduduki ujian ini:

  1. Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  2. Mengikut Kurikulum KAFA.
  3. Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  4. Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023

Seperti yang telah dimaklumkan, keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bakal diumumkan pada 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang ini.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM melalui akaun Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam-JAKIM di pautan https://www.facebook.com/search/top?q=jakim%20upkk

UPKK 2022

Kaedah Semakan Keputusan UPKK

Kepada ibubapa, penjaga dan pelajar yang ingin menyemak keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK 2022) mereka, terdapat tiga cara anda boleh melakukan semakan tersebut.

Kaedah Pertama: Melalui Laman Sesawang.

  1. Pergi ke laman sesawang semakan keputusan UPKK di pautan berikut: https://semakan.islam.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran pelajar.

Kaedah Kedua: Semakan Melalui SMS

Ibubapa dan pelajar juga boleh melakukan semakan dengan menghantar SMS dengan cara berikut:

UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888

Kaedah Ketiga: Sekolah

Akhir sekali, Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

*Nota: Setelah mendapakat keputusan, anda digalakkan untuk mencetak slip keputusan tersebut.

Contoh slip keputusan boleh dilihat dalam rajah dibawah:

UPKK 2022

Maklumat Tambahan

Maklumat lanjut berkenaan UPKK 2022 boleh diperoleh melalui laman sosial Facebook JAKIM ATAU;

di laman sesawang rasmi JAKIM.

Baca juga: Semakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.