Advertisements

Hari Wanita Sedunia: Tarikh Sambutan, Tema & Logo

Pada 8 Mac 2023, dunia bakal menyambut Hari Wanita Sedunia, bagi meraikan pencapaian dan kejayaan para wanita, tidak kira muda atau tua, bujang atau sudah berkahwin.

Dalam setiap agama juga, penghargaan kepada wanita adalah sesuatu yang sangat perlu dilakukan, kerana jasa dan pengorbanan seseorang wanita itu, tidak kiralah sebagai ibu, anak, kakak, rakan atau kelompok dalam masyarakat adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Malah Abdullah bin ‘Amr. r.a. pernah menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”

(Hadits Riwayat: Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Oleh itu, Hari Wanita Sedunia 2023 ini, diraikan bagi menghargai wanita-wanita di sekilliling kita yang telah banyak berjasa kepada kita.

Untuk mengetahui tentang hari penghargaan wanita ini teruskan membaca artikel ini.

Sejarah Hari Wanita Sedunia

Menurut Portal International Women’s Day, sambutan hari wanita sedunia ini dijalankan bagi menghargai pengorbanan wanita dalam semua bidang dan perkara.

Hari Wanita Sedunia ini juga dilakukan bagi mengetengahkan isu kesaksamaan gender dalam segala bidang tidak kira politik, pendidikan, ekonomi dan lain-lain, yang bebas daripada sikap berat sebelah, stereotaip, dan diskriminasi gender.

Sambutan meraikan wanita ini telah dimulakan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909, yang didedikasikan oleh Parti Sosialis Amerika sebagai penghormatan kepada pekerja wanita yang melakukan mogok pada tahun 1908 di New York akan sebab syarat pekerjaan yang keras.

Pada tahun 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melakukan perjanjian antarabangsa pertama untuk mengesahkan prinsip kesaksamaan di antara wanita dan lelaki.

Akhirnya, setelah beberapa perbincangan dilakukan, PBB pada tahun 1977, telah menandakan 8 Mac sebagai hari Hari Wanita Sedunia bagi menyambut dan mengetengahkan isu hak wanita dan keamanan dunia.

Tema Hari Wanita Sedunia 2023

Pada tahun ini, tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 adalah “Embrace Equity” yang menekankan tentang kepentingan ekuiti dalam pelbagai bidang.

Tema ini dipilih, menurut International Women’s Day (IWD) kerana, dunia dunia perlu membezakan di antara ekualiti dan ekuiti, dan seterusnya memahami mengapa peluang sama rata tidak mencukupi.

Hari Wanita Sedunia 2023
Ekualiti vs Ekuiti

Ekualiti: Setiap individu atau kumpulan diberi sumber atau peluang yang sama.

Ekuiti: Menyedari bahawa setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza, dan memperuntukkan sumber dan peluang yang tepat yang diperlukan untuk mencapai hasil yang sama.

Isu ekuiti ini diketengahkan oleh IWD kerana, setiap manusia itu berbeza-beza, dengan menjadi adil, tidak bermakna dua orang manusia yang berlainan mampu mencapai kejayaan yang sama.

Menurut IWD, jika dunia benar-benar percaya, menghargai dan menerima ekuiti, maka para wanita akan mendapat akses kepada perkara-perkara yang boleh membawa mereka ke arah kejayaan.

Oleh itu, jika anda benar-benar percaya dalam membentuk dunia yang sama rata dan inklusif, maka anda akan benar-benar percaya kepada keperluan untuk dunia memahami dengan lebih baik perbezaan antara ekualiti dan ekuiti.

Maklumat Lanjut

Untuk lebih memahami berkenaan Hari Wanita Sedunia 2023 ini, anda boleh pergi ke laman sesawang International Women’s Day di pautan berikut:

https://www.internationalwomensday.com/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.