Nisfu Syaaban, membawa maksud pertengahan bulan Sya’ban, di mana malam Nisfu Syaaban 2023 ini adalah tanda bahawa kita, umat Islam semakin dekat dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan.
Sebagai umat Islam, bulan Syaaban ini perlu kita penuhi dengan amalan baik, kerana bulan ini merupakan antara bulan yang penuh dengan kebaikan, selain daripada bulan Ramadan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan malam Nisfu Syaaban ini teruskan pembacaan anda.
Nisfu Sya’ban
Nisfu Sya’ban merupakan malam terbaik selepas malam Lailatul Qadar, malah nama lain bagi malam ini disebut sebagai Lailatul Mubarakah (Malam Keberkatan).
Perkataan Nisfu itu bermaksud separuh (Nisf) dalam erti kata bahasa Melayunya, yang seterusnya apabila digabungkan menjadi Nisfu Syaaban ia membawa makna separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu hari ke-15.
Malam ini merupakan satu malam, di mana buku catatan amalan orang Islam selama setahun akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Keberkatan Malam Nisfu Syaaban
Keberkatan malam Nisfu Syaaban ini telah banyak diperkatakan oleh ilmuwan Islam tentang kebaikan malam ini, malah perkara ini juga telah dinyatakan dalam hadis yang telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang menyatakan bahawa:
“Rasulullah S.A.W tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.
Antara keberkatan dan kelebihan malam Nisfu Syaaban telah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui Mu’az Bin Jabal r.a :
Tarikh Nisfu Syaaban 2023
Pada tahun ini, malam Nisfu Syaaban telah jatuh pada tarikh 15 Syaaban iaitu pada 8 Mac 2023, Rabu.
Hal ini bermaksud malam Nisfu Syaaban telah pun bermula setelah masuk waktu Maghrib pada 7 Mac 2023 (Selasa).
Amalan Malam Nisfu Syaaban
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi S.A.W sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Syaaban.
Namun begitu, dalam masa yang sama, kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak mungkin sebagai contoh anda boleh memperbanyakkan solat sunat, bacaan Al-Quran, berpuasa atau bersedekah.
Walaubagaimanapun, ditegaskan di sini bahawa kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi S.A.W sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.
Untuk membaca berkenaan perkara ini dengan lebih terperinci boleh pergi ke laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Doa Bulan Syaaban
Selain memperbanyakkan amal ibadah, kita juga digalakkan berdoa pada bulan ini, kerana bulan ini merupakan bulan penuh keberkatan dan dengan izinnya Allah S.W.T akan memakbulkan doa-doa kita dan memberi kekuatan dan memberi kita penghayatan yang lebih dalam menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain pada bulan Ramadan yang akan datang.
Doa-doa yang boleh kita amalkan pada bulan ini ialah antaranya doa:
DOA 1
Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.
DOA 2
DOA 3
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Kita jugaMintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
DOA 4
Selain doa-doa di atas, kita juga boleh memperbanyakkan doa-doa lain seperti doa memohon keampunan, doa meminta kesihatan yang baik, doa agar diperkukuhkan iman, dan doa-doa lain.
Hal ini demikian kerana, Malam ini dikatakan merupakan Malam mustajab untuk berdoa, jadi berdoalah bersungguh-sungguh pada malam ini dan Insya-Allah doa kita akan di makbulkan.
Semoga malam Nisfu Syaaban 2023 ini akan dipenuhi dengan amal baik dan keberkatan daripada yang Maha Esa, dan diharapkan kita semua dapat sampai ke dalam bulan barakah bulan Ramadan.