Advertisements

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) & Cara Daftar

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan yang berada di bawah Kementeria Ekonomi Malaysia.

Ia merupakan satu bentuk bantuan baharu yang telah dibentuk kerajaan Madani bagi membantu golongan B40 dan Miskin Tegar dalam menjana pendapatan yang seterusnya dapat membantu dalam penumbuhan ekonomi negara.

Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta akan berupaya untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Kerajaan telah menetapkan sasaran 100,000 penerima yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Objektif Inisiatif Pendapatan Rakyat

Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR ini telah dijalankan oleh Kementerian Ekonomi bagi mencapat tiga (3) objektif berikut:

  1. Fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
  2. Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
  3. Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

Syarat-syarat pemohon Inisiatif Pendapatan Rakyat:

Terdapat syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Siapakah sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini:

Dibawah merupakan tiga golongan sasaran utama Inisiatif Pendapatan Rakyat ini iaitu:

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Inisiatif Pendapatan Rakyat
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Inisiatif Pendapatan Rakyat
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Cara Permohonan dan Pendaftaran IPR

Jika anda memenuhi syarat kelayakan untuk memohon dan merupakan individu sasaran yang di antara tiga inisiatif usahawan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dengan cara berikut:

  1. Layari laman rasmi IPR
  2. Tekan butang Log Masuk dan tekan Daftar Sekarang
  3. Lengkapkan bahagian yang diminta (Nama Penuh, E-mel, Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan)
  4. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda.
  5. Log masuk ke akaun anda.
  6. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang perlu dilengkapkan dan tekan butang HANTAR.

*Nota: Dibawah Menteri Ekonomi Malaysia, YB Tuan Mohd Rafizi Ramli telah berkongsi video cara untuk mendaftarkan diri dalam IPR dan menggalakkan rakyat yang memenuhi syarat untuk mendaftar bersama IPR.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat tambahan atau terdapat sebarang persoalan berkenaan IPR ini boleh diperoleh di laman rasmi IPR di pautan berikut: https://ipr.epu.gov.my/about

Anda juga boleh membaca artikel berikut untuk mengetahui inisiatif kerajaan Madani yang lain:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.