Advertisements

Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 PERKESO Pakej PERMAI

Para majikan yang ingin memohon Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), permohonan bagi program tersebut telahpun dibuka.

Untuk makluman, PSU yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Matlamat pelaksanaan PSU adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 bagi memastikan mereka dapat meneruskan operasi dan mengleakkan pekerja hilang pekerjaan pendapatan.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PSU 1.0 di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)  manakala PSU 2.0 pula dilaksanakan melalui pakej KITA PRIHATIN.

Mengenai PSU 3.0

PSU 3.0 telah diumumkan pelaksanaannya menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020.

Walau bagaimanapun, kerajaan mengumumkan untuk menambah baik PSU 3.0 PERMAI bagi membantu majikan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP mulai 19 Januari 2021.

Menerusi PSU 3.0 pertama yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini ialah sektor pelancongan dan peruncitan sahaja.

Namun, PSU 3.0 PERMAI pula lebih menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP.

Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan PSU 3.0 PERMAI adalah selama 1 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021.

Manakala tarikh akhir permohonan PSU 3.0 PERMAI adalah daripada 30 Jun 2021.

Saiz & Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut

Saiz perusahaan dan bilangan pekerja yang boleh dituntut menerusi PSU 3.0 PERMAI adalah seperti berikut:

Saiz Perusahaan75 orang pekerja
dan ke bawah
76 orang hingga
200 orang pekerja
201 orang pekerja dan ke atas
Bilangan Pekerja Yang
Boleh dituntut
75 orang200 orang 500 orang

Kadar Bayaran

Kadar bayaran bagi PSU 3.0 PERMAI adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

Jumlah ini juga adalah sama bagi PSU 3.0 yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 yang lalu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PERKESO adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majika tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
  4. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
  5. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.
  6. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.

Senarai Tidak Layak Memohon PSU 3.0 PERMAI

Terdapat senarai majikan dan pekerja yang tidak layak memohon PSU 3.0 PERMAI iaitu:

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive).
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

Cara Memohon

Majikan yang ingin memohon PSU 3.0 PERMAI boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di dalam borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN)?

BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.

Apakah maksud borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?

Akuan Pengisytiharan PSU3.0 adalah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis yang menyatakan bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0.

Apakah maksud/tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan PSU ini?

Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok/kerja lebih masa/komisen/bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya/elaun-
elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya/caj
perkhidmatan (service charge).

Adakah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2021 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 3.0?

Tidak. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU mestilah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan professional sebelum 1 Januari 2021 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja.

Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?

Ya. Majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.

Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0 telah diterima, diluluskan, atau ditolak?

Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Adakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah bantuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak majikan?

Tidak. Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU dan PSU 3.0 bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 3.0 PERMAI, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.