Advertisements

Interim i-Sinar RM1,000: Tarikh Pembayaran Pendahuluan Kategori 2

Advertisements

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa tarikh pembayaran bagi pencarum yang telah memohon i-Sinar Kategori 2 akan mula menerima bayaran pendahuluan (interim i-Sinar) pada 26 Januari 2021.

KWSP memaklumkan bahawa pembayaran pertama tersebut merupakan pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon oleh para pencarum.

Pembayaran interim ini dilakukan untuk membantu meringankan beban para pencarum akibat pandemik COVID-19 dan mereka yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, pembayaran interim dilakukan bagi memastikan para pencarum dapat menggunakan wang tersebut bagi keperluan asas sementara menunggu wang yang akan diterima pada bulan berikutnya.

Syarat Kelayakan Interim i-Sinar

Syarat kelayakan bagi pencarum yang ingin memohon kemudahan I-Sinar bagi Kategori 2 adalah seperti berikut:

Advertisements
  1. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
  2. Mempunyai baki minima sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.

Contoh Situasi Pengeluaran

Bagi memahami pembayaran interim dan seterusnya, anda boleh melihat kepada contoh situasi di bawah.

Situasi 1:

Osman merupakan seorang pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Beliau telah memilih untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memilih pembayaran pertama sebanyak RM5,000.

Oleh itu, berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Ali adalah seperti berikut:

Amaun Pembayaran InterimRM1,000
Amaun Pembayaran PertamaRM4,000
Amaun Pembayaran KeduaRM1,000
Amaun Pembayaran KetigaRM1,000
Amaun Pembayaran KeempatRM1,000
Amaun Pembayaran KelimaRM1,000
Amaun Pembayaran KeenamRM1,000
Jumlah Layak DimohonRM10,000

Situasi 2:

Advertisements

Marina merupakan seorang pekerja dan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan beliau juga ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Jumlah wang Akaun 1 beliau adalah RM800 dan beliau ingin membuat pengeluaran I-Sinar sebanyak RM700.

Berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Marina adalah seperti berikut:

Amaun Pembayaran InterimRM700
Amaun Pembayaran PertamaTiada
Jumlah Layak DimohonRM700

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bagi kemudahan I-Sinar Kategori 2, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
  2. Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
  3. Klik butang ‘Teruskan.’
  4. Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
  5. Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
  6. Tetapkan akaun pilihan anda.
  7. Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
  8. Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
  10. Muat naik dokumen sokongan.
  11. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’
  12. Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.

Proses Verifikasi Permohonan

Bagi pencarum yang telah memohon dan memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim i-Sinar akan dilakukan pada 26 Januari 2021.

Pencarum yang belum belum memuat naik dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Selepas permohonan pencarum disahkan dan diluluskan, pihak KWSP akan melalukan pembayaran tersebut.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak dimuat naik, KWSP berhak memberhentikan pembayaran seterusnya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/ 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.