Bagi individu atau usahawan Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperkenalkan satu skim baharu untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19 iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR).
Untuk makluman, matlamat pelaksanaan SPUR adalah untuk membantu individu Bumiputera yang ingin atau telah menceburi bidang perniagaan yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.
Objektif pelaksanaan SPUR oleh PUNB adalah seperti berikut:
- Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
- Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
- Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
- Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.
Pemohon yang ingin memohon SPUR boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi PUNB di https://www.punbbiz.com.my/.
Keistimewaan SPUR
Terdapat 3 keistimewaan bagi pemohon yang memohon pembiayaan SPUR iaitu:
- Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
- Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif.
- Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).
Jumlah & Tempoh Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada pemohon adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.
Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan yang ditetapkan untuk pembiayaan SPUR adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan.
Syarat Kelayakan
Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
- Individu tersebut berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.
Syarat Perniagaan
Selain syarat kelayakan, pemohon juga perlu memenuhi syarat perniagaan iaitu:
- Individu atau ushawan tersebut ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020).
- Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
- Syarikat dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
- Syarikat adalah entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
- Perniagaan dilakukan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
- Perniagaan adalah dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan.
- Perniagaan mestilah patuh Syariah.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan SPUR, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.punb.com.my/.
- Klik butang ‘Pendaftaran.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik bahagian ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
- Isi makumat diri dan klik butang ‘Hantar.’
- Setelah mendaftar, muat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.
- Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
i) Perniagaan yang telah beroperasi
- Surat/bukti pemberhentian kerja.
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
- Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
- Pendaftaran syarikat:
- Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
- Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.
ii) Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Surat/bukti pemberhentian kerja.
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
- Penyata akaun individu/akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.
Soalan Lazim
Tidak. Pembiayaan SPUR tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.
Ya. Pemohon perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak RM300 dan 1 bulan deposit sekuriti jika permohonan diluluskan dan diterima oleh pemohon. Yuran dan deposit sekuriti ini akan ditolak daripada pembiayaan.
Tidak. Tempoh moratorium secara automatik adalah selama 6 bulan sahaja.
Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan yang diluluskan bagi pembelian aset tunggal yang melebihi atau sama nilai dengan 10% daripada jumlah pembiayaan. Lain-lain tujuan pembiayaan atau pembelian asset dibawah 10% daripada jumlah pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat.
Tidak. Hanya pemohon/pengarah/pemegang saham syarikat yang akan menjadi penjamin bagi pembiayaan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau menghantar email ke [email protected].