Advertisements

GKP Tambahan PERMAI: Semakan Status & Kemaskini Akaun Bank

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) memaklumkan individu yang belum menerima bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dinasihatkan membuat semakan status pembayaran.

Bagi mereka yang permohonan GKP Tambahan PERMAI mereka diluluskan namun berstatus Gagal Kredit, mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank mereka dengan segera.

Pengemaskinian akaun bank perlu dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei bagi membolehkan urusan pembayaran semula dapat dilakukan terhadap akaun bank mereka.

Semakan status dan kemaskini akaun bank perlu dibuat melalui portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Maksud GKP Tambahan

GKP Tambahan PERMAI ialah bantuan kewangan one-off yang diberikan kerajaan sebanyak RM1,000 kepada usahawan PKS dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 yang lalu.

Untuk negeri yang tidak terlibat dengan PKP pula, kerajaan memberikan bantuan kewangan one-off sebanyak serta RM500 kepada usahawan PKS dan Mikro yang layak di negeri tersebut.

Tujuan utama GKP Tambahan PERMAI diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan usahawan ekoran penularan wabak COVID-19 dan juga meningkatkan produktiviti usahawan PKS dan juga Mikro.⠀

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi usahawan untuk menerima GKP Tambahan PERMAI ialah:

  • Usahawan tersebut iaitu pemilik PKS mikro merupakan warganegara Malaysia
  • Usahawan terbabir masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan mereka adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan mereka adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Di samping itu, usahawan tersebut juga perlu berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan iaitu:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Cara Membuat Semakan Status

Untuk membuat semakan status GKP Tambahan PERMAI, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.

Cara Kemaskini Akaun Bank

Untuk mengemaskini akaun bank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Masukkan kata laluan.
  5. Klik profil dan kemaskini akaun bank.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai GKP Tambahan PERMAI, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.