Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Program Jaringan Prihatin dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 bilion kepada individu dalam kategori B40 yang memperoleh Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Namun menerusi pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM500 juta lagi yang menjadikan peruntukan Program Jaringan Prihatin sebanyak RM2 bilion.
Di samping itu, syarikat- syarikat telekomunikasi menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion yang menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.
Program ini dijangka memberikan manfaat kepada 8.4 juta penerima BPR menerusi bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Penebusan program ini dibuka mulai 5 Mei hingga 31 Julai 2021 melalui syarikat telekomunikasi yang pilihan orang ramai.
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat
Pelaksanaan Program Jaringan Prihatin merangkumi kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat melalui program ini adalah seperti:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- Mcalls
- redONE
- speakOUT
- Tune Talk
- U Mobile
- unifi Mobile
- XOX Mobile
- YES
- Yoodo.
Subsidi Yang Ditawarkan
Subsidi yang ditawarkan melalui Program Jaringan Prihatin adalah merangkumi:
- Penerima BPR mempunyai anak bawah 18 tahun: Bantuan RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.
- Penerima BPR yang tidak mempunyai anak: Bantuan RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.⠀
Kriteria Penebusan
Kriteria penebusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:
- Individu yang layak membuat penebusan perlu memohon melalui syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan dan hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.
- Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang menerima tuntutan subsidi yang ditawarkan.
- Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
- Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan atau memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
Cara Membuat Penebusan/Langganan
Untuk membuat penebusan atau langganan dan mengetahui tawaran yang disediakan, sila layari pautan syarikat telekomunikasi berikut:
1. Semak kelayakan di laman web BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasi
- Maxis: https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/.
- Digi: https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin.
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
- Mcalls: https://mcalls.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.
- speakOUT: https://speakout.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.
- U Mobile: https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin.
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin.
- Unifi Mobile: https://unifi.com.my/jaringanprihatin.
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en.
- YES: https://prihatin.yes.my/
- Yodoo: https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/.
2. Jika layak, daftar sebagai pelanggan.
3. Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.
4. Nikmati peranti atau data percuma.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Jaringan Prihatin, sila layari laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin.