Advertisements

BPR Fasa 2: Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Advertisements

Bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 2?

Ramai tertanya-tanya bilakah Bantuan Prihatin Nasional (fasa kedua) akan disalurkan kepada rakyat.

Untuk makluman, bayaran fasa pertama telah pun dibuat 24 Februari lepas.

Kini rakyat menantikan bayaran seterusnya melalui BPR Fasa 2.

Jika diikutkan pelan asal, bayaran fasa pertama akan dibuat sama ada bulan April / Mei manakala bayaran fasa kedua pada September / Oktober 2021.

Namun kerajaan telah mempercepatkan bayaran fasa pertama tempoh hari pada bulan Februari.

Tentang BPR

BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat mengikut kategori B40 atau M40.

Bantuan ini bagi menggantikan BSH sebelum ini.

Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2

Mengikut kenyataan terkini dari sumber portal BPR, bayaran fasa kedua akan dibuat mulai 7 Mei 2021.

Jumlah baki bayaran yang akan diterima fasa 2 seperti berikut:

Namun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan kadar kepada penerima.

Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah antara RM150 hingga RM600.

Semakan Status Permohonan

Proses permohonan baru/kemaskini BPR telah ditutup 15 Februari lepas.

Bagi anda yang layak fasa pertama, anda secara automatik layak menerima BPR fasa 2.

Untuk kategori lain yang ingin menyemak status permohonan bagi Fasa 2, sila ikuti langkah-langkah berikut mulai 7 Mei 2021:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh pembayaran BPR Fasa 2?

Tarikh pembayaran BPR Fasa 2 dibuat mulai 7 Mei.

Berapakah amaun bantuan yang akan dibayar?

Sila rujuk semula jadual pembayaran seperti di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.