Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah & Bank Islam

Advertisements

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah membuka permohonan bagi individu yang ingin memohon Skim Bantuan Rumah di bawah Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat.

Untuk makluman, Skim Bantuan Rumah ini merupakan skim pembiayaan yang diwujudkan melalui kerjasama antara LZNK dan BIMB.

Skim bantuan ini ditawarkan kepada rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji atau elaun tetap bulanan antara RM1,200 dan RM1,500.

Permohonan bagi skim bantuan ini telah dibuka mulai 3 Mei sehingga 3 Julai 2021.

Kos Pembiayaan Rumah

Menerusi Skim Bantuan Rumah ini, pembiayaan rumah sebanyak RM45,000 ditawarkan oleh LZNK dan BIMB dengan pecahan pembiayaan berikut:

  • RM22,500- Dana LZNK
  • RM22,500- Pembiayaan Peribadi BIMB

Pembiayaan Balik

Pembiayaan balik yang ditawarkan kepada pemohon yang layak memilik rumah sendiri menerusi skim bantuan ini adalah hanya RM280 sebulan.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon Skim Bantuan Rumah ini perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Individu beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai Slip Gaji (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000).
  4. Pemohon berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  5. Pemohon bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  6. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.
  7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.
  8. Pemohon melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Rumah, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web LZNK iaitu https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun/.
  2. Klik butang ‘Muat Turun’ di bahagian Skim Bantuan Rumah LZNK & BIMB.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul (pastikan borang diisi dengan huruf besar).
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Borang yang telah lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan hendaklah diserahkan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah yang terdekat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad pemohon (Depan & Belakang).
  2. Salinan MyKad/surat lahir bagi semua tanggungan/surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  3. Salinan sijil perkahwinan, surat cerai/sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  4. Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan).
  5. Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan).
  6. Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah.
  7. Salinan Geran Tanah.
  8. Gambar Rumah Pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Rumah, sila hubungi pihak LZNK di talian 04-733 1740.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.