semakan rebat bil elektrik rm40

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Layak Atau Tidak Di Sini

Bermula 1 Januari tahun hadapan seramai 185,000 rakyat Malaysia akan menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40.

Namun hanya anda yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapat bantuan kerajaan ini.

Berikut dikongsikan panduan lengkap bagaimana untuk membuat semakan rebat bil elektrik ini.

Sebanyak RM80 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Baca juga: Cara Kemaskini Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

Semakan Rebat Elektrik 2019

Melalui program ini, anda boleh mendapat rebat pembayaran bil elektrik sehingga RM40 setiap bulan.

Namun tidak semua layak memohon. Hanya golongan berikut layak menerima rebat elektrik ini, antaranya:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Setiap penerima yang layak akan menerima pemberian rebat ini sepanjang tahun 2019.

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2019

Syarat-Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang disenaraikan dalam Sistem eKasih;
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Cara Mohon Rebat Elektrik RM40 Sebulan

Untuk memohon, anda wajib mendaftar dengan sistem eKasih terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

Selepas pendaftaran dibuat, anda boleh semak adakah anda layak menerima rebat ini dengan melayari portal rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi mana-mana talian di bawah untuk lebih penjelasan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.