kemaskini bantuan sara hidup bsh 2019

Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH 2019 Online

Kepada penerima BSH 2019 fasa pertama, anda diminta untuk kemaskini Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari di portal rasmi BSH.

Permohonan baru juga telah dibuka kepada yang layak.

Berikut kami kongsikan cara kemaskini permohonan BSH anda.

12 Kategori Tidak Layak BSH

Sebelum itu, berikut merupakan 12 kategori penerima yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya:

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Sekiranya anda tergolong dalam senarai di atas, maka BSH tahun ini bukanlah untuk anda.

Jadi anda tak perlu kemaskini BSH atau membuat sebarang permohonan baru memandangkan permohonan anda akan ditolak serta merta.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019

Berdasarkan info terkini yang kami terima, hanya golongan warga emas yang tidak perlu kemaskini permohonan BSH mereka.

Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Segala maklumat tanggungan BSH 2018 tidak akan dibawa ke sesi pembayaran seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini.

Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2019.

Slip gaji tidak diperlukan memandangkan LHDNM akan menggunakan data dari agensi berkaitan untuk pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup.

Dan sekiranya pasangan anda yang telah menerima BSH 2018 telah meninggal dunia, anda boleh membuat permohonan baru menggunakan maklumat status perkahwinan terkini.

Jangan sesekali menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan anda.

Sekiranya didapati bersalah anda boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH.

Tarikh tutup kemaskini BSH 2019 adalah pada 15 Mac nanti.

Cara Kemaskini BSH Online

Kemaskini secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM.

Bagi kemaskini BSH secara online, layari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/

Kemudian pilih MyBSH dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, sila semak dan lengkapkan maklumat permohonan yang terkini.

Dan jangan lupa untuk lengkapkan maklumat bank dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini Bantuan Sara Hidup anda boleh download PDF ini.

Permohonan Baru BSH 2019

Permohonan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual.

Untuk permohonan online, sila ke portal rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH.

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh download borang-borang seperti di bawah:

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Hanya tiga kategori berikut layak untuk memohon BSH 2019:

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini dan permohonan baru, anda boleh download PDF ini.