MyKasih: Semakan Kelayakan & Cara Penebusan Wang Bantuan
MyKasih merupakan satu program bantuan yang dimulakan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean bagi membantu keluarga dan pelajar dalam kategori miskin, dengan memberikan bantuan voucher kewangan bagi membeli makanan asas.
Namun kali ini, program ini telah menjadi saluran bantuan bagi STR Tambahan atau lebih dikenali juga sebagai Sumbangan Asas Rahmah bagi pemohon STR yang berada di bawah kategori miskin tegar.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan myKasih ini, anda pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
MyKasih Foundation
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Program bantuan makanan utama ‘Love My Neighbourhood’ dan skim dermasiswa pelajar ‘Love My School’ menggunakan teknologi proprietari untuk menyalurkan bantuan kepada penerima sasaran secara tanpa tunai.
Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan mereka mengagihkan bantuan dengan cekap, telus dan selamat.
Sekarang sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih ini telah mula diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka, dan salah satu bantuan yang disalurkan di bawah MyKasih ini adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Cara Penggunaan
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Pembelian tersebut boleh dilakukan dengan hanya menggunakan MyKad mereka sahaja, kerana bantuan yang disalurkan akan diaktifkan melalui myKad mereka, dan mereka akan menerima bantuan secara cashless.
Untuk cara penggunaan sistem MyKasih yang lebih jelas, anda boleh lihat pada gambar rajah dibawah:
Cara Daftar MyKasih
Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Untuk mendaftar e-Kasih, anda boleh merujuk pada laman berikut: eKasih 2020: Pendaftaran & Permohonan Baru Portal e-Kasih
Cara Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan penerima myKasih boleh diketahui melalui tiga cara iaitu melalui SMS, Semakan Prihatin Kasih, dan Semakan Program Bantuan Kasih Johor:
- Semakan SMS :
- Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
- Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.
- Semakan Prihatin Kasih
- Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR:
- Layari portal semakan di MyKasih Johor:
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARa)
Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARa) juga akan disalurkan menggunakan sistem myKasih ini.
Sumbangan Asas Rahmah ini merupakan bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas berjumlah RM600 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARa ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah, dan mereka yang layak akan mendapat status seperti dibawah:
Bagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Jika anda perlukan maklumat tambahan, anda boleh hubungi atau mendapatkan maklumat tersebut di:
- Portal Rasmi: MyKasih
- Talian hotline MyKasih: 03-77201800
- Emel: [email protected]