Advertisements

Kalendar Islam 1445H/2024 & Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam

KALENDAR ISLAM TAHUN 1445H DAN TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM

Sebagai umat Islam amat penting untuk kita ketahui tentang tarikh-tarikh dan bulan dalam Islam. Hal ini demikian kerana, dengan mengetahui tarikh-tarikh ini kita akan dapat menjalankan ibadah puasa, ibadah haji dan perayaan-perayaan dalam Islam.

Oleh itu, melalui artikel ini, akan kami kongsikan kepada anda kalendar Islam dan tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai panduan anda, dalam merancang ibadah dan sambutan perayaan anda. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lagi

Kalendar Islam

Berikut merupakan kalendar Islam mengikut bulan dari bulan pertama iaitu bulan Muharram sehingga bulan terakhir iaitu bulan Zulhijjah. Bersamanya telah disekalikan tarikh Miladi sebagai panduan anda:

Tarikh Pertama Bulan Islam

Berikut pula adalah tarikh pertama bagi setiap bulan dalam Islam untuk memudahkan anda mengetahui bilakah bermulanya bulan baharu dalam Kalendar Islam:

kalendar islam

Tarikh Penting Dalam Islam

Berikut merupakaan tarikh-tarikh penting kita sebagai umat Islam perlu tahu, kerana sebahagian daripadanya melibatkan ibadah wajib seperti puasa di bulan Ramadan dan ibadah haji di bulan Zulhijjah:

TARIKH HIJRITARIKH MILADIPERKARA
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk dan Mikraj
15 Syaaban25 Februari 2024Nisfu Syaaban
1 Ramadan 1445*12 Mac 2024Bulan Ramadan (Puasa)
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1445*10 April 2024AidilFitri (Raya)
10 Zulhijjah 1445*17 Jun 2024AidilAdha (Raya Korban)
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharram
12 Rabiulawal 1446 16 September 2024Maulidur Rasul

NOTA: Bagi tarikh bertanda (*) anda perlu menunggu pengisytiharaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malayu sebelum bulan atau perayaan tersebut bermula.

Sebagai panduan anda boleh memuat turun atau menangkap layar gambar di bawah sebagai simpanan peribadi anda:

kalendar islam

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, anda boleh merujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat.

  • Alamat:
    • JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
      Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
      No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
      62100 Putrajaya.
  • Email: [email protected]
  • No. Tel: +03 8870 7000/+03 8870 7003

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.