eKasih 2020: Pendaftaran & Permohonan Baru Portal e-Kasih
Portal pembasmian kemiskinan atau eKasih kini menjadi antara portal utama rakyat Malaysia terutama yang ingin memohon bantuan kerajaan 2019.
Portal e-Kasih menyimpan segala rekod bantuan yang diterima individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).
Selain itu, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim KWSP suri rumah sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 tahun lepas.
Pendaftaran eKasih 2020
KIR yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan (bandar) atau RM1,000 sebulan (luar bandar) digalakkan mendaftar portal e-Kasih.
Data-data di dalam sistem ini akan disepadukan dengan data-data agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan.
Antara data yang terdapat dalam sistem ini termasuklah:
- Maklumat asas KIR & Air
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Maklumat tempat tinggal
- Pekerjaan
- Pendapatan
Bagi penerima BR1M, pemberian bantuan seterusnya akan berteraskan data-data BR1M 2014 yang pertama dahulu.
Jadi anda perlu kemaskini maklumat dari semasa ke semasa supaya memudahkan proses validasi kelayakkan.
Permohonan Online e-Kasih
Seperti dimaklumkan, proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2020 boleh dibuat terus di portal rasmi https://e-kasih.icu.gov.my
Melalui sistem ini, pengguna boleh membuat:
- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Namun pengguna berdaftar hanya akan diberikan akses mengikut kategori yang dibenarkan sahaja.
Anda boleh rujuk manual penggunaan di bawah:
Program Sukarela Insentif Suri
Program ini merupakan sumbangan kerajaan kepada golongan suri rumah sebanyak RM200 bagi tahun 2018 dan RM480 bagi tahun berikutnya.
Sumbangan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk infografik i-Suri di bawah.
Semakan status kelayakan i-SURI KWSP boleh disemak di mana-mana kaunter KWSP mulai 15 Ogos 2018.
Segala maklumat lanjut tentang sistem eKasih boleh dirujuk di portal rasmi mereka atau rujuk manual penggunaan di atas.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, layari https://e-kasih.icu.gov.my/