Thaipusam merupakan perayaan kedua terbesar dalam agama Hindu selepas Deepavali. Perayaan ini dijalankan bagi meraikan hari kelahiran dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Perayaan ini selalunya akan jatuh pada pertengahan bulan Januari dan bulan Februari, dan merupakan salah satu perayaan di Malaysia yang termasuk dalam cuti umum bagi negeri-negeri tertentu.
Jadi untuk mengetahui lebih lagi tentang perayaan ini dan tarikh cuti umum, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Thaipusam?
Perayaan Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Perayaan ini dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan ke sepuluh dalam kalendar Tamil, dan pada hari tersebut, dikatakan bulan penuh ‘Thai’ berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama ‘Pusam’, dan dari sinilah perayaan ini memperoleh namanya.
Di Malaysia, perayaan ini merupakan perayaan kedua terbesar bagi penganut agama Hindu selepas perayaan Deepavali. Penganut agama hindu akan berkumpul beramai-ramai di kuil bagi meraikan perayaan ini.
Berikut merupakan antara kuil terkenal yang akan menjadi tempat berkumpul penganut agama Hindu pada hari perayaan ini nanti:
- Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor
- Kuil Arulmigu Balathandayuthabani, Georgetown, Pulau Pinang
- Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh, Ipoh, Perak
- Kuil Nivasagar, Kuching, Sarawak
- Kuil Sri Muniswarar di Tampoi, Johor
- Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air, Johor
- Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel, Johor
Tarikh Perayaan 2024
Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal artikel ini, perayaan ini selalunya akan diraikan pada pertengahan bulan Januari dan pertengahan bulan Februari, kerana ia mengikut kalendar Tamil.
Oleh itu, pada tahun 2024 ini, perayaan Thaipusam ini telah jatuh pada 25 Januari 2024 bersamaan dengan hari Khamis.
Cuti Thaipusam
Perayaan ini juga merupakan salah satu perayaan yang mendapat cuti umum di Malaysia bagi beberapa negeri di bawah:
- Johor
- Negeri Sembilan
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Perkara ini boleh dilihat dalam jadual hari kelepasan am negeri dan Wilayah Persekutuan 2024 di bawah:
*NOTA:
Selain, negeri-negeri di atas, negeri Kedah juga akan memperoleh cuti bersempena perayaan ini, pada 25 Januari 2024 (Khamis)
Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyatakan kelulusan pemberian cuti itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco pada 3 Januari 2024
5 Fakta Menarik Tentang Perayaan Ini
- Diraikan pada kemuncak bulan ke-10 kalendar Tamil.
- Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan kesepuluh kalendar Tamil iaitu bulan Thai. Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama Pusam, dan dari situlah asal namanya.
- Diraikan bagi memperingati hari lahir dan menerima lembing
- Thaipusam disambut penganut Hindu di seluruh dunia bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak lelaki bongsu Dewa Shiva dan Dewi Parvati.
- Ia juga bagi memperingati peristiwa di mana Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman serta mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan manusia.
- Berpuasa 48 hari dan kavadi
- Penganut Hindu akan membayar nazar mereka yang tertunai dan menyucikan diri daripada dosa dengan pelbagai cara, bermula dengan berpuasa selama 48 hari. Ada juga, penganut yang membawa susu dan mencukur rambut mereka pada hari ini.
- Sejarah Pertembungan antara Asura dan Dewa Murugan
- Perayaan ini dikatakan tercipta apabila berlaku satu pertembungan antara satu Asura (makhluk jahat) bernama Surapadma dengan Dewa Murugan yang turut dikenali dengan nama Subramaniam, Skanda, Kumara dan Kartikeya.
- Beliau telah mengalahkan Surapadma dengan senjata suci berupa lembing yang dipanggil ‘Vel’ yang pada akhirnya berjaya menyatukan kuasa alam semesta dan mengalahkan Asura.
- Laungan ‘Vel! Vel!’
- Oleh sebab itu, setiap kali sambutan perayaan ini dijalankan, penganut agama Hindu akan melaungkan ‘Vel! Vel!’ mengikut rentak paluan genderang sempena memperingati kejayaan menghapuskan ‘kegelapan’ menggunakan senjata sakti itu.
Pengangkutan Awam Sempena Thaipusam 2024
Bagi anda yang bakal meraikan perayaan Thaipusam 2024 ini, Kerajaan Madani telah menyediakan inisiatif pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan anda, Berikut merupakan enam inisiatif yang disediakan:
Bagi anda yang bakal meraiki perayaan ini di Batu Caves, berikut merupakan informasi perkhidmatan bas ke Batu Caves. Pastikan anda peka akan perkara ini, bagi memudahkan perjalanan anda pada hari tersebut.
Baca juga: PADU : Pangkalan Data Utama – Tarikh & Cara Pendaftaran