Pada 2 Januari yang lepas, kerajaan MADANI telah mengumumkan tentang satu sistem baharu iaitu Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Sistem ini mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Melalui sistem ini, ia dapat membantu kerajaan dalam memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima hak mereka.
Berikut kami kongsikan kepada anda serba sedikit tentang apa itu PADU, dan bagaimana cara untuk mendaftar. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.
Apa itu Sistem Pangkalan Data Utama?
Sistem Pangkalan Data Utama merupakan satu sistem yang berupaya untuk menyediakan gabungan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah di negara ini.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diluncurkan ini adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital negara.
Melalui sistem ini kemudahan dan manfaat yang bakal diberikan kerajaan nanti boleh dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.
Pangkalan Data Utama ini mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.
Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
Objektif PADU
Berikut adalah objektif penghasilan sistem Pangkalan Data Utama ini:
- Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
- Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
- Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
Berikut adalah matlamat penghasilan PADU:
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
- Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
- Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Cara Mendaftar PADU
Bagi anda yang belum mendaftar, anda boleh melakukan pendaftaran PADU ini secara atas talian atau secara manual, dengan cara berikut:
Pendaftaran Online
- MAKLUMAT ASAS
- Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
- PENGESAHAN AKAUN
- Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
- TETAPKAN KATA LALUAN
- Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.
Pendaftaran Secara Manual
Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:
Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:
- Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
- Maklumat bank
- Pendidikan tertinggi
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat pendapatan
- Maklumat komitmen
NOTA: Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Tarikh Pendaftaran & Kemaskini Maklumat
Pendafataran PADU ini boleh dilakukan bermula bermula 2 Januari 2024 dan sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan anda boleh melakukan pengemaskinian maklumat sehingga 31 Mac 2024.
FAQ
Berikut merupakan jawapan yang sering menjadi persoalan orang awam berkenaan PADU:
- Apa itu PADU?
- Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.
- Siapakah yang boleh mengemaskini maklumat dalam Sistem PADU
- Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Bagaimana untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil individu dalam sistem PADU?
- Setelah selesai membuat pendaftaran kali pertama, tekan butang ‘Log Masuk’ di menu atas. Isikan No. Kad Pengenalan dan kata laluan dan tekan butang ’Log Masuk’
- Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat?
- Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan sebelum penghantaran pengesahan perakuan dibuat. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini
- Bagaimanakah saya boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan PADU?
- Anda boleh membuat aduan dengan menekan menu “Hubungi Kami > Aduan Baharu” atau butang ”Maklum balas” di halaman utama. Anda juga boleh menghubungi kami di talian 1800-88-7720.
- Saya tidak memerlukan bantuan Kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar?
- Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
- Sekiranya saya reset/terlupa kata laluan, bagaimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan?
- Anda boleh menetapkan kata laluan baharu dengan menekan di sini. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit dan klik butang seterusnya. Link penetapan kata laluan baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar anda.
- Apakah tujuan utama pembangunan PAD
- Meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan Kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.
- Adakah PADU sama dengan Program ID Digital Nasional (IDN)?
- TIDAK. PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan dalam talian.
- Apakah dokumen yang perlu ada untuk pendaftaran dan pengesahan identiti sewaktu proses pendaftaran?
- Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah kad pengenalan dan maklumat lain termasuk maklumat pekerjaan, akaun bank dan lain-lain.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan PADU ini anda boleh ke laman rasmi PADU atau hubungi mereka di talian berikut:
Baca juga: Kurikulum 2027 : Pendekatan Baharu Dalam Pendidikan Malaysia