Advertisements

Permohonan TUNS Plus: Pinjaman Usahawan Mikro Sehingga RM15,000

Advertisements

Usahawan mikro di Negeri Sembilan kini boleh memohon pinjaman tanpa faedah menerusi inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus.

Untuk makluman, TUNS Plus adalah penambahbaikan inisiatif TUNS yang dimulakan sejak 2019 oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak sebanyak RM3 juta yang mensasarkan untuk membiayai sekitar 200 usahawan mikro di negeri tersebut.

Objektif penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel selain terus membangunkan usahawan mikro di Negeri Sembilan.

Pemohonan bagi TUNS Plus telah dibuka secara atas talian mulai 25 Jun 2021 dan akan ditutup pada 25 Julai 2021.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan yang layak adalah sehingga RM15,000.

Perniagaan Yang Layak Memohon

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan TUNS Plus kecuali:

  1. Institusi kewangan.
  2. Perkhidmatan insurans.
  3. Pembekalan tenaga kerja.
  4. Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing (MLM).
  5. Perniagaan yang salah di sisi undang-undang.
  6. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh 1 tahun sebelum permohonan dibuat.
  3. Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.
  6. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun).
  7. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau  bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  8. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh 6 bulan.
  9. Pemohon tidak berstatus muflis.
  10. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  11. Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan TUNS Plus, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web TUNS di pautan https://tuns.my.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Butiran Asas.’
  4. Pemohon akan mendapat email penegsahan. Semak email dan klik link yang diberikan.
  5. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  7. Muat naik dokumen sokongan.
  8. Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi melengkapkan proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  2. Gambar formal pemohon berukuran passport.
  3. Salinan lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf.
  4. Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan (sekiranya ada).
  5. Salinan penyata kewangan/penyata bank.
  6. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar).
  7. Salinan perjanjian sewa premis/tanah.
  8. Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.

Semakan Permohonan

Selepas membuat permohonan, pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web TUNS di pautan https://tuns.my.
  2. Klik butang ‘Semak Permohonan.’
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan no. telefon bimbit.
  4. Klik butang ‘Semak Permohonan.’
  5. Status permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai TUNS Plus, sila hubungi Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) di talian 019-752 3251 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.