Advertisements

Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sehingga 12 Mei

Advertisements

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian melalui kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Untuk makluman, PUSPAKOM yang ditubuhkan pada tahun 1994 merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Oleh itu, tawaran melalui kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela ini dibuka mulai 2 Mei sehingga 21 Mei 2021 daripada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tempat Pemeriksaan

Orang ramai yang ingin melaksanakan pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma ini boleh di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara.

Namun, hanya cawangan PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang sahaja yang dikecualikan daripada tawaran pemeriksaan percuma ini.

Senarai cawangan PUSPAKOM boleh disemak melalui pautan di https://www.puspakom.com.my/branches/?lang=ms.

Pemeriksaan Bergerak

Selain daripada pemeriksaan yang dilakukan di cawangan-cawangan PUSPAKOM, terdapat juga pemeriksaan bergerak daripada jam 9 pagi hingga 4 petang yang boleh didapati di:

  • Wisma DRB-HICOM, Shah Alam: 3 Mei 2021
  • Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur: 8 Mei 2021

Item Yang Diperiksa

Terdapat 25 item di bahagian kenderaan yang akan diperiksa merangkumi antara perkara berikut:

  • Ujian brek
  • Gelincir sisi
  • Tayar
  • Suspensi
  • Asap
  • Lampu
  • Cermin Gelap
  • Bahagian Atas dan bawah

Cara Membuat Temu Janji

Orang ramai yang ingin membuat temu janji bagi pemeriksaan percuma ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mypuspakom.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Register Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  4. Log masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Login.’
  5. Buat pendaftaran temu janji di cawangan PUSPAKOM dan tarikh yang diingini.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungu Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.