Advertisements

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2022 RM4,400 Sebulan

Advertisements

Pelajar yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jepun dan ingin memohon tajaan biasiswa, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) bagi sesi akademik tahun 2022.

Untuk makluman, Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun ini menawarkan elaun bulanan sebanyak 117,000 yen (RM4,400) akan diberikan secara bulanan.

Pembiayaan ini termasuklah tiket kapal terbang pergidan balik juga disediakan.

Walau bagaimanapun, yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.

Permohonan bagi biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Mei iaitu sebelum 4 petang.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang termasuk dalam pembiayaan biasiswa ini adalah seperti berikut:

Sains Sosial dan KemanusiaanUndang-Undang
Politik
Ekonomi
Pentadbiran Perniagaan
Pedagogi
Sosiologi
Sastera
Sejarah
Kewangan
Bahasa Jepun
Sains Semula Jadi AMatematik
Fizik
Kimia
Elektronik
Kejuruteraan Elektrik
Maklumat Kejuruteraan
Kejuruteraan Mekanikal
Senibina Tentera Laut
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Awam
Senibina
Kejuruteraan Alam Sekitar
Kimia Gunaan
Kejuruteraan Kimia
Kimia Industri
Kejuruteraan Tekstil,
Kejuruteraan Metalurgi
Kejuruteraan Perlombongan
Mercantile Marine
Bioteknologi
Sains Semula Jadi BPertanian
Kimia Pertanian
Sains Haiwan
Perubatan Veterinar
Perhutanan
Sains Makanan
Perikanan
Farmasi
Kebersihan
Kejururawatan
Biologi
Sains Semula Jadi CPerubatan
Pergigian

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 25 tahun pada 1 April 2021 (dilahirkan antara 2 April 1997 dan 1 April 2005).
  2. Pemohon mestilah tamat SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  3. Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  4. Pemohon mesti mahir dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun dan mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain.

Syarat Akademik

Selain syarat kelayakan, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik iaitu:

Peringkat PendidikanSains Semula Jadi A,B,CSains Sosial dan Kemanusiaan
SPM/UEC9A (A+ atau A) termasuk kedua-dua subjek iaitu Matematik & Tambah Matematik, Bahasa Inggeris, Kimia, Fizik/Biologi9A (A+ atau A) termasuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris
STPMA- atau CGPA 3.6 dalam subjek Matematik, Kimia, Fizik/Biologi dan MUET Band 5A- atau CGPA 3.6 dalam subjek Matematik dan MUET Band 5
A-Level/
Matrikulasi
A dalam subjek Matematik, Inggeris, Kimia, Fizik/BiologiA dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris
DiplomaCGPA 3.4 dan ke atas dalam bidang berkaitanCGPA 3.4 dan ke atas dalam bidang berkaitan

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html.
  2. Klik pada perkataan ‘form’ untuk memuat turun borang permohonan.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar borang yang siap diisi ke alamat berikut:

    MEXT 2022 – Undergraduate
    Japan Information Service,
    Embassy of Japan,
    No.11, Persiaran Stonor,
    Off Jalan Tun Razak,
    50450 Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.my.emb-japan.go.jp/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.