Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang ingin mengambung pengajian mereka ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh membuat permohonan kemasukan bagi tahun 2021/2022.
Untuk makluman, Program Matrikulasi telah diwujudkan pada tahun 1998 yang merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Pelajar yang layak dan permohonan mereka diterima akan ditempatkan di 17 Kolej Matrikulasi di seluruh negara.
Oleh itu, pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di https://matrikulasi.moe.gov.my/ sehingga 15 April 2021.
Permohonan adalah percuma dan tidak memelukan pembelian nombor PIN.

Aliran/Jurusan Ditawarkan
Pelajar aliran atau jurusan berikut layak untuk memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM:
- Perakaunan Professional
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Sains
Siapa Layak Memohon?
Untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak memohon:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Sekolah Kerajaan
- Sekolah Bantuan Kerajaan
- Sekolah Swasta
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan, pelajar-pelajar lepasan sekolah boleh membuat permohonan:
- Sekolah Kerajaan
- Sekolah Bantuan Kerajaan
- Sekolah Swasta
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Sekolah Teknik
Senarai Matrikulasi
Pelajar yang layak akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan/aliran yang ditawarkan:
Kolej Matrikulasi | Aliran/Jurusan |
Kolej Matrikulasi Melaka | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perlis | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Labuan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Johor | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perak | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kedah | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pahang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Selangor | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kelantan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Sarawak | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang | Perakaunan, Sains |
Peluang Menyambung Pengajian
Bagi pelajar Perakaunan, Kejuruteraan, dan Sains yang menyambung pengajian mereka dalam Program Matrikulasi KPM, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka selepas itu ke:
- Universiti Awam-Malaysia
- Universiti Luar Negara-United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun
- Universiti Swasta-Malaysia
Untuk pelajar bidang Perakaunan Professional pula, mereka boleh menyambung pengajian selepas itu ke:
- UiTM- Professional Association of Chartered Certified Accountant (ACCA)
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Permohonan.’
- Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
- Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
- Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083 atau menghantar email ke [email protected]