Tarikh persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2022/2023 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk makluman ibu bapa, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024 dan untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.
Tarikh persekolahan ini dilewatkan selama seminggu daripada tarikh asal untuk supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.
Negeri Kumpulan
Sesi persekolahan dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:
i) Negeri Kumpulan A
- Terengganu
- Kelantan
- Kedah
- Johor
ii) Negeri Kumpulan B
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Pahang
- Perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
Tarikh Sesi Persekolahan
Bagi tarikh mula, akhir persekolahan, cuti sekolah serta jumlah hari dan minggu, ibu bapa boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Negeri kumpulan B pula akan menyaksikan tarikh sesi persekolahan 2023/2024 seperti yang ditetapkan adalah pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.
Butiran tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Cuti Perayaan
KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan sebelum ini.
Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Gawai Dayak
- Hari Deepavali
- Tahun Baru Cina
Butiran penambahan cuti perayaan tersebut adalah seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan cuti sekolah bagi kalendar akademik 2023/2024, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.