Advertisements

e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Sarjan & Konstabel

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah membuka permohonan buat individu yang berminat menjadi anggota badan terbabit bagi jawatan Sarjan dan Konstabel.

PDRM merupakan pasukan polis negara di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Ketua Polis Negara yang berperanan menjaga kedaulatan negara dan menjamin kesejahteraan masyarakat.

Anggota PDRM terdiri daripada 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Pasukan ini juga dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam.

Untuk mereka yang berminat, permohonan jawatan Sarjan Gred YA5 dan Konstabel Gred YT1 lelaki dan perempuan akan dibuka bermula 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023 (Sarjan) dan 12 hingga 25 Januari 2023 (Konstabel).

Gaji & Faedah

Gaji dan faedah yang ditawarkan adalah:

  • Gaji RM1,824.00-RM5,801.00 bagi Sarjan dan RM1,220.00-RM2,748.00 bagi konstabel.
  • Elaun khidmat
  • Elaun sara hidup
  • Bayaran insentif wilayah
  • Bayaran insentif khas PDRM
  • Elaun perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Sarjan

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.
  3. Mempunyai Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  5. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu.
  6. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  7. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  8. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  9. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
  10. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  11. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

ii) Konstabel

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.
  3. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  4. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
  5. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu.
  6. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg.
  7. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  8. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  9. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
  10. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  11. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.
  2. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’.
  3. Klik butang ‘Log Masuk’.
  4. Klik butang ‘Permohonan Baru’.
  5. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon.
  6. Klik butang ‘Serah’.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hubungi Help Desk Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman di talian 03-2266 8348/8350/8351.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.