Advertisements

Kalendar Tahun 2023: Senarai Cuti Umum & Kelepasan Negeri

Berikut dikongsikan kalendar Tahun 2023 beserta senarai cuti umum seperti yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Kalendar ini penting bagi membolehkan orang ramai merancang aktiviti mereka ketika cuti umum dan musim perayaan yang bakal menjelma nanti.

Oleh itu, dikongsikan, kalendar bagi tahun 2023 mengikut bulan:

Bulan Januari

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Januari (Ahad): Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 14 Januari (Sabtu): Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 22 Januari (Ahad): Tahun Baru Cina Hari Pertama (Semua Negeri)
  • 23 Januari (Isnin): Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu)

Bulan Februari

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Februari (Rabu): Hari Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya sahaja)
  • 5 Februari (Ahad): Hari Thaipusan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor sahaja)
  • 18 Februari (Sabtu): Israk Mi’raj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja)

Bulan Mac

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 4 Mac (Sabtu): Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 23 Mac (Khamis): Awal Ramadhan (Johor, Kedah dan Melaka sahaja)
  • 23 Mac (Khamis): Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)

Bulan April

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 7 April (Jumaat): Good Friday (Sabah dan Sarawak sahaja)
  • 8 April (Sabtu): Hari Nuzul Al-Quran (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu sahaja)
  • 15 April (Sabtu): Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
  • 22 April (Sabtu): Hari Raya Aidilfitri Hari Pertama (Semua negeri)
  • 23 April (Ahad): Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua negeri)
  • 26 April (Rabu): Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Bulan Mei

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Mei (Isnin): Hari Pekerja (Semua negeri)
  • 4 Mei (Khamis): Hari Wesak (Semua negeri)
  • 17 Mei (Rabu):  Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei (Isnin): Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
  • 30 Mei (Selasa): Pesta Kaamatan Hari Pertama (Pesta Menuai) (Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah sahaja)
  • 31 Mei (Rabu): Pesta Kaamatan Hari Kedua (Pesta Menuai) (Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah sahaja)

Bulan Jun

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Jun (Khamis): Hari Gawai Hari Pertama (Sarawak sahaja)
  • 2 Jun (Jumaat): Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak sahaja)
  • 5 Jun (Isnin): Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Semua negeri)
  • 18 Jun (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
  • 28 Jun (Rabu): Hari Arafah (Kelantan dan Terengganu sahaja)
  • 29 Jun (Khamis): Hari Raya Qurban Hari Pertama (Semua negeri)
  • 30 Jun (Jumaat): Hari Raya Qurban Hari Kedua (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja)

Bulan Julai

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 7 Julai (Jumaat): Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang sahaja)
  • 8 Julai (Sabtu): Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang sahaja)
  • 19 Julai (Rabu): Awal Muharram (Maal Hijrah) (Semua negeri)
  • 22 Julai (Sabtu): Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 30 Julai (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)

Bulan Ogos

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 23 Ogos (Rabu): Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor sahaja)
  • 24 Ogos (Khamis): Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos (Khamis): Hari Kebangsaan (Semua negeri)

Bulan September

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 16 September (Sabtu): Hari Malaysia (Semua negeri)
  • 28 September (Khamis): Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) (Semua negeri)

Bulan Oktober:

Cuti kelepasan negeri:

  • 7 Oktober (Sabtu): Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
  • 14 Oktober (Sabtu): Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)

Bulan November

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 3 November (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)
  • 11 November (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Pertama (Kelantan sahaja)
  • 12 November (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)
  • 12 November (Ahad): Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)

Bulan Disember

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 11 Disember (Isnin): Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
  • 24 Disember (Sabtu): Christmas Eve (Sabah sahaja)
  • 25 Disember (Ahad): Hari Krismas (Semua negeri)

Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am dan http://www.apicel.com.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.