Advertisements

Tuntutan Insurans Pembiayaan Rumah Sektor Awam LPPSA Akibat Banjir

Kakitangan kerajaan yang mempunyai rumah di bawah pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), mereka boleh membuat tuntutan insurans sekiranya rumah mereka terlibat dengan bencana banjir.

Untuk makluman, rumah di bawah pembiayaan LPPSA telah dilindungi oleh Polisi Pelindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO).

Oleh itu, kakitangan yang mempunyai rumah di bawah pembiayaan LPPSA layak untuk membuat tuntutan insurans LTHO sekiranya rumah mereka terjejas dengan banjir.

Kakitangan awam juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang baik pulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans/takaful menilai kerosakan hartanah/rumah terjejas akibat banjir.

Panel Insurans

Terdapat 4 panel insurans yang terlibat bagi urusan tuntutan insurans iaitu:

  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  • Takaful Ikhlas General Berhad
  • Etiqa General Takaful & General Insurans Berhad
  • Zurich General Takaful Berhad

Cara Membuat Tuntutan Insurans

Untuk membuat tuntutan insurans bagi pembiayaan rumah di bawah LPPSA yang terlibat banjir, sila ikuti langkah-langkh berikut mengikut panel insurans:

i) Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

  1. Sediakan butiran berikut iaitu:
    – Nama
    – No MyKad
    – No Sijil Takaful
    – No Telefon
    – Emel
    – Anggaran Kerosakan
    – Alamat Rumah Terjejas Banjir
  2. Kemudian, hubungi pihak syarikat untuk menghantar butiran berikut iaitu di talian 1-300 88 252 385 atau email ke [email protected]

ii) Takaful Ikhlas General Berhad

  1. Hubungi pihak syarikat melalui talian 03-2723 9696 atau email ke [email protected]
  2. Pelaras akan berhubung dalam tempoh 24 jam daripada tarikh notis pemberitahuan.
  3. Bayaran tuntutan dalam masa 3 hari daripada penerimaan tuntutan.

iii) Etiqa General Takaful

  1. Sediakan butiran seperti:
    – Gambar
    – Video
    – Rakaman berkenaan banjir
  2. Hantar butiran berikut ke melalui whatsapp ke nombor berikut: Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Kedah, dan Perlis: 011-1630 6646. Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak: 018-226 3288.

iv) Zurich General Takaful

  1. Hubungi talian hotline iaitu 017-304 6288/03-4270 0024.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui Portal Pertanyaan/Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.