Advertisements

Tutorial Cara Renew Roadtax & Insurans Online Melalui MyEG

Untuk memperbaharui roadtax dan insurans, orang ramai tidak perlu bersusah payah keluar untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut namun boleh melakukannya hanya melalui MyEG.

Untuk makluman, MyEG merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia.

MYEG telah membina, menjalankan, dan memiliki saluran elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem ini termasuklah:

  • Memperbaharui roadtax dan insurans kereta
  • Semakan dan pembayaran saman JPJ, PDRM
  • Pembayaran zakat, dan banyak lagi.
  • Semakan status bankrap
  • Semakan status pembantu rumah

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar sistem ini, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal menerusi pautan https://www.myeg.com.my/
  2. Klik pada ‘Login/Register’ dalam laman web tersebut.
  3. Klik butang ‘Create Account’ untuk mendaftar.
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  5. Klik pada ‘I’m not a robot’
  6. Klik ‘Enter Details.’
  7. Link pengesahan akan dihantar ke email.
  8. Semak email dan klik pada link pengesahan yang dihantar.

Cara Renew Roadtax & Insurans

Untuk memperbaharui roadtax dan insurans, sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Login dengan memasukkan eServices username/1MID email diikuti dengan kata laluan.
  2. Klik logo ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’ yang dipaparkan.
  3. Pilih perkhidmatan yang dikehendaki sama ada:
    – ‘Auto Insurance Renewal (Car)’
    – ‘Auto Insurance Renewal (Motorcycle)’
  4. Perbandingan jenis insurans atau takaful yang dipaparkan.
  5. Masukkan nombor plat kenderaan dan klik butang ‘Next.’
  6. Pastikan maklumat kenderaan adalah betul dengan klik pada kotak pengesahan tersebut.
  7. Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki.
  8. Pilih pakej insurans/takaful yang diinginkan.
  9. Lengkapkan pembayaran.
  10. Roadtax dan insurans/takaful di pos ke alamat yang didaftarkan di dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara memperbaharui roadtax dan insurans menerusi MyEG, sila layari laman web https://www.myeg.com.my/.