Advertisements

Roadtax Rosak/Hilang? Ketahui Cara Mendapatkannya Semula

Advertisements

Bagi pemilik kenderaan bermotor, sudah tentunya mempunyai cukai jalan atau roadtax yang akan dipaparkan di setiap kenderaan mereka.

Roadtax merupakan cukai yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk diambil bagi setiap pemilik kenderaan di atas jalan raya.

Namun, jika roadtax anda hilang atau rosak, anda boleh mendapatkannya semula melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi prosedur yang ditetapkan.

Denda Yang Dikenakan

Bagi setiap roadtax yang hilang, mereka akan dikenakan denda seperti berikut:

  • Motosikal: RM20.00
  • Kereta: RM50.00

Cara Permohonan Gantian

Permohonan gantian roadtax yang hilang boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Hadir ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran dengan tempat tinggal.
  2. Lengkapkan Borang JPJK7 (Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau Salinan/Gantian Lesen Kenderaan Motor atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor). Borang ini boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-kenderaan/-/knowledge_base/perlesenan-kenderaan-1/borang-permohonan-pendua-perakuan-pendaftaran-jpj-k7
  3. Hantar Borang K di kaunter dan tunjukkan kad pengenalan.
  4. Cap ibu jari pemohon akan diambil.
  5. Buat pembayaran denda.
  6. Permohon akan mendapat roadtax kenderaan baharu.

Permohonan Melalui Wakil

Penggantian roadtax ini juga boleh dibuat menerusi wakil.

Wakil yang terbabit perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan.
  • Salinan geran kenderaan.
  • Salinan kad pengenalan wakil.
  • Borang JPJK7 yang lengkap diisi.

Permohonan Melalui Online

Setakat ini, pihak JPJ tidak membuka proses penggantian yang baharu menerusi online.

Ini bermakna, pemohon yang ingin membuat penggantian perlu hadir ke mana-mana kaunter JPJ untuk membuat permohonan.

Sumber: Laman web https://bjak.my/.penggan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.