Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup seperti sebelum ini berkuat kuasa serta merta.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kelonggaran tersebut diberikan keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa oleh KKM.
Ini selepas kadar kumulatif kes COVID-19 berada pada tahap 0.23% selain kadar kemasukan ke hospital berada pada tahap malar terurus untuk kes COVID-19.
Sebelum ini, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat tertutup namun di tempat terbuka, ia adalah pilihan.
Pilihan Kepada Pemilik Premis
Keputusan terbaharu ini menyaksikan pilihan untuk memakai pelitup muka dalam bangunan dan kawasan terutup kini adalah atas pilihan sendiri.
Namun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung yang berkunjung ke premis mereka diwajibkan memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.
Tempat & Keadaan Digalakkan Memakai Pelitup Muka
KKM masih menggalakkan orang ramai untuk anda memakai pelitup muka sekiranya berada di tempat dan keadaan berikut:
- Kawasan sesak dan kurang pengudaraan
- Individu bergejala
- Individu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19
Selain itu, orang ramai masih digalakkan untuk meneruskan amalan kendiri seperti kebersihan tangan, pernafasan dan kebersihan persekitaran bagi mengelakkan wabak COVID-19 menular.
Tempat & Keadaan Wajib Memakai Pelitup Muka
Walau bagaimanapun, KKM menjelaskan terdapat 3 tempat dan keadaan yang masih diwajibkan pemakaian pelitup muka iaitu:
- Fasiliti kesihatan
- Pengangkutan awam
- Kes positif COVID-19