Dengan menggunakan Twitter, orang ramai kini boleh melaporkan kerosakan jalan di seluruh Negeri Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, cara ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan proses memantau, mengenalpasti dan membaiki jalan rosak dapat dengan lebih pantas dan berkesan.
Proses ini akan diambil tindakan oleh Sistem Pengurusan Aset Pintar untuk memastikan jalan yang rosak dapat segera di perbaiki di Negeri Selangor.
Sistem Pengurusan Aset Pintar merupakan sistem yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 16 Mac 2022 bagi mengenal pasti aduan serta maklumat kerosakan jalan raya di negeri tersebut.
Inisiatif ini diharap memudahkan rakyat membantu Kerajaan Negeri meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya melibatkan penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
Proses Pembaikan Jalan
Setiap aduan yang diterima menerusi Twitter akan ditapis dan disemak secara automatik.
Ini bagi mengenalpasti sama ada jalan di bawah Infrasel, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya sebelum proses pembaikan dijalankan.
Aduan Melalui Twitter
Setakat ini, aduan kerosakan jalan ini hanya boleh dibuat melalui Twitter sahaja.
Namun, sistem aduan ini akan diperluaskan ke Facebook tidak lama lagi.
Cara Buat Aduan
Untuk membuat aduan kerosakan jalan di Negeri Selangor, cara membuat aduan boleh dirujuk menerusi 3 langkah mudah di bawah:
- Ambil gambar kerosakan jalan yang dikenalpasti.
- Laporkan di Twitter anda.
- Sertakan hashtag di bawah
– #INFRASEL
– #NAMADAERAH
– #NAMAJALAN
Sumber: Facebook Amirudin Shari https://www.facebook.com/amirudinbinshari.