Advertisements

JENDELA Map: Periksa & Buat Aduan Line Telco Melalui Aplikasi

Advertisements

Tahukah anda bahawa anda boleh memeriksa dan membuat aduan mengenai liputan telekomunikasi anda dengan mudah dan bila-bila masa melalui aplikasi JENDELA Map?

JENDELA Map adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyediakan kemudahan menyemak liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan permohonan perkhidmatan baharu daripada penyedia perkhidmatan.

Kesemua maklum balas yang dihantar dalam aplikasi ini akan disalurkan kepada Penyedia Perkhidmatan yang berkaitan supaya dapat merancang untuk menambah baik tahap kesalinghubungan kepada pengguna dalam masa terdekat.

Oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk memuat turun aplikasi ini di App Store ataupun Google Play Store secara percuma sekarang.

Fungsi Aplikasi

Aplikasi JENDELA Map ini menyediakan fungsi-fungsi berikut:

  • Maklum Balas: Membuat laporan dan maklum balas mengenai masalah internet di kawasan yang dipilih untuk tindakan penambahbaikan oleh syarikat Telco yang diselaraskan oleh SKMM.
  • Semak Liputan: Semak liputan internet di kawasan yang dipilih mengikut prestasi sesebuah penyedia perkhidmatan.
  • PEDi: Melihat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berdekatan dengan kawasan masing-masing.
  • Rangkaian syarikat kurier dan internet: Akses dan carian pelbagai Pejabat Pos, Cawangan Kurier, Depot Penghantaran, Pusat Internet dan banyak lagi.

Cara Semak Liputan

Untuk membuat semakan liputan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka aplikasi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Klik bahagian ‘Semak Liputan.

3. Klik alamat atau tempat di bahagian ‘Search.’

4. Pilih telco yang ingin disemak.

5. Status telco dipaparkan

Cara Hantar Maklum Balas

Untuk menghantar maklum balas kepada pihak telco, sila ikuti langkah-langkah ini.

1. Buka aplikasi.

2. Klik bahagian ‘Maklum Balas.’

3. Semak alamat dan klik ‘Ya.’

4. Klik pilih servis telco yang diperlukan dan klik ‘Seterusnya.’

5. Semak alamat dan klik ‘Seterusnya.’

6. Isi maklumat perhubungan dan klik butang ‘Seterusnya.’

7. Semak maklum balas dan klik ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, sila layari laman web https://jendela.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.