Tahukah anda pembayaran kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh dibuat dengan mudah menerusi aplikasi MARAeps?
Untuk pengetahuan, MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA.
Tujuannya aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran atau perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.
Semua pihak boleh menggunakan aplikasi ini khususnya bagi penerima atau pengguna kemudahan dan fasiliti MARA.
Oleh itu, orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dialu-alukan memuat turun aplikasi ini di Google Play dan Apple App Store.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut:
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.
- Pembayaran Kursus/Program berkala MARA.
- Pembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.
- Pembayaran Rumah Rehat MARA.
- Pembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA
Jaminan Keselamatan
Aplikasi ini tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar.
Aplikasi ini telah mengikut piawaian yang disediakan dan spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi aplikasi ini.
Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna.
Kaedah Pembayaran
Terdapat 2 kaedah pembayaran yang ditawarkan menerusi aplikasi ini iaitu:
- Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
- Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)
Cara Pendaftaran
Untuk mendaftar aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi di Google Play dan Apple App Store.
- Klik ‘Daftar Baru’ dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan butang ‘Daftar.’
- Tunggu email pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
- Selepas proses pengesahan email, pengguna secara serta merta anda boleh menggunakan aplikasi ini.
Pertanyaan & Info Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai MARAeps, sila hubungi 03-2638 1111 atau 03-2638 1222 atau layari https://bayar.maraeps.my/ untuk info lanjut.