Kenali TESP MARA 2022?
Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) adalah sebuah Program Penajaan Pengajian Tertiari yang berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Maksud Pinjaman Boleh Ubah adalah keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Program ini menawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)terpilih bagi sesi kemasukan dalam 2022 untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf.
Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga turut boleh memohon program ini.
Manakala
Ikuti perkongsian lanjut mengenai program TESP MARA ini.
Baca juga : Permohonan Biasiswa Albukhary Bagi Pelajar AIU Sesi 2022/2023
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Pinjaman Pelajaran Bakal Diterima
Berikut adalah bentuk pinjaman pelajaran di bawah Program TESP yang merangkumi:
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup (ESH)
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Tarikh Permohonan
Pelajar boleh membuat permohonan mulai 28 Julai hingga 4 Ogos 2022, jam 5.00 petang.
Syarat Kelayakan
Syarat Umum
Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
- Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
- Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
Syarat Kelayakan Khusus
- Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
- Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
- Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan
Cara Permohonan TESP MARA 2022
- Permohonan mesti dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan www.mara.gov.my tarikh yang ditetapkan.
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan
- Pemohon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
- Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
Semakan Status TESP MARA 2022
- Pemohon adalah disarankan agar sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Garis Panduan Permohoanan TESP
Berikut dikongsikan garis panduan sebelum membuat permohonan:
Infografik:
1. http://online.anyflip.com/oxlss/dfov/mobile/index.html
2. http://online.anyflip.com/oxlss/ssev/mobile/index.html
Soalan Lazim:
https://www.mara.gov.my/wp…/uploads/2021/09/FAQ-TESP.pdf
Sila Layari Permohonan: https://myeduloan.mara.gov.my/v3
Syarat Kelayakan: http://online.anyflip.com/shdgj/qbhy/mobile/index.html
Manual Pengguna: http://online.anyflip.com/shdgj/ftij/mobile/index.html
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai program, sila hubungi
- Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
atau emel ke alamat berikut [email protected]
Baca juga : Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022) Kini Dibuka