Advertisements

SiPP – Aplikasi Buat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM

Pada 7 Februari 2024 yang lepas, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau SiPP bagi memudahkan urusan para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang sistem yang diwujudkan KPM ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu SiPP?

SiPP merupakan satu sistem dibawah KPM yang disediakan bagi memudahkan guru dalam mengakses bahan pembelajaran melalui peranti mudah alih sama ada secara dalam atau luar talian.

Sistem ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada 429,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan pembelajaran.

Sistem ini juga telah dilengkapi dengan teknologi buatan AI bagi membantu dalam mengesan kecenderungan pengguna dan seterusnya memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan pengguna tersebut.

Pengenalan sistem ini adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan iaitu:

  • Teras 4 MyDigital
  • Dasar Pendidikan Digital
  • Proses Inovatif Teknologi Digital
  • Kerjasama Korporat
sipp-kpm

Kelebihan & Manfaat Sistem

Banyak kelebihan dan manfaat yang boleh diperoleh oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam menggunakan SiPP ini. Antara manfaat tersebut ialah:

  • Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
  • Mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
  • Modul pembelajaran yang boleh diakses di luar talian.
  • Pembelajaran mengikut tahap.
  • Dilengkapi dashboard pemantauan.
  • Disokong aplikasi mudah alih.

Langkah Pengaktifan Akaun SiPP

Pengaktifan akaun SiPP ini adalah sangat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
  2. Semak e-mel jemputan daripada [email protected].
  3. Jika tidak menerima e-mel tersebut, klik butang ‘Start Learning.’
  4. Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.

*NOTA: Pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.

SiPP

Panduan Pengunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran.

Bagi anda yang telah mengaktifkan akaun, anda boleh lihat manual atau panduan yang disediakan di bawah sebagai garis panduan dalam menggunakan sistem ini:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.