Jabatan Pertanian Negeri Johor mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk mengusahakan aktiviti pertanian untuk memohon Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023.
Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023 ditawarkan kepada orang ramai terutamanya usahawan pertanian yang berminat untuk menceburi dan membangunkan industri pertanian.
Oleh itu, orang ramai atau usahawan pertanian yang berminat menjalankan projek pertanian ini boleh membuat permohonan dengan segera.
Senarai Projek
Senarai projek yang ditawarkan kepada pemohon yang ingin memohon adalah seperti:
- Projek Pembangunan Industri Buah-buah, Sayuran & Kontan
- Projek Pembangunan Sawah Padi
- Projek Pembangunan Industri Madu, Kopi & Cendawan
- Projek Pembangunan Industri Kelapa
- Projek Pembangunan Industri Hiliran Asas Tani
- Projek Pembangunan Agropelancongan
- Projek Pembangunan Industri Florikultur
- Projek Pembangunan Belia Tani
- Projek Pertanian Komuniti
Insentif Ditawarkan
Selain itu, terdapat juga insentif yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat.
Insentif ini terbahagi kepada dua iaitu Insentif Industri Asas Tani dan Insentif Tanaman.
i) Insentif Industri Asas Tani
- Bina Baru Bengkel Pemprosesan Ke Arah Pensijilan MesTI/HALAL
- Menaik Taraf Bengkel Sedia Ada
- Mesin dan Peralatan Kecil
- Pembungkusan dan Pelabelan
- Khidmat Nasihat
ii) Insentif Tanaman
- Input Pertanian
- Penyediaan Infrastruktur
- Fasiliti Penggredan Lepas Tuai
- Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian
- Bahan dan Peralatan Kawalan Perosak
- Jentera Kecil, Mesin dan Peralatan Lepas Tuai
- Khidmat Nasihat
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan berkunjung ke Jabatan Pertanian Daerah yang berhampiran atau Jabatan Pertanian Negeri Johor di alamat:
Aras 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi, Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Negeri Johor ini, sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri Johor di talian 07-2666 707/717 atau layari Facebook https://www.facebook.com/JabatanPertanianJohor.