Advertisements

Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Advertisements

Tabung Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan kumpulan Pelaksana telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Bantuan ini diwujudkan dalah bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk makluman, program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Bagi Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang ingin membuat permohonan bolehlah memohon bantuan pendidikan ini segera sebelum tamat tempoh.

Baca juga : Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT Johor (TPSPDT)

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh di buat mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2022

Syarat Am Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat am yang perlu di penuhi oleh pemohon seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun Negeri Johor.
  2. Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana (lantikan secara tetap atau kontrak).
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  4. Tiada had umur ditetapkan.
  5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.
  6. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
  7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  8. Penerima bantuan diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.

Cara Permohonan

  1. Sila layari laman web di pautan berikut: https://www.pdt.com.my/tpkkpdt2022/
  2. Klik butang “Borang Permohonan” dan muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Sila isi maklumat yang di minta dengan tepat dan betul.
  4. Selesai isi maklumat yang di minta, hantarkan ke emel berikut [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen wajib yang perlu disediakan:

  1. Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam
  2. Salinan surat Pengesahan Status Perkhidmatan
  3. Salinan sah Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin)
  4. Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin- slip gaji pasangan)
  5. Salinan Transkrip Akademik/Keputusan Peperiksaan terkini
  6. Sijil-sijil kelayakan daripda badan-badan profesional/Ikhtisas (jika ada)
  7. Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat daerah/negeri (jika ada)

Nota: Semua dokumen di atas perlu mendapat pengesahan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila ke laman web Permodanan Darul Ta`zim di pautan berikut https://www.pdt.com.my/

Baca juga : Bantuan RM3,000 Secara One-off Bagi Usahawan Terkesan Banjir Di Baling

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements