Advertisements

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan

Advertisements

Para penternak kecil ruminan dialu-alukan untuk memohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isi Rong Sawit diwujudkan bagi membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

Ini sekaligus mampu menurunkana harga ruminan di pasaran yang dapat membantu pengguna mendapatkan bekalan ruminan dengan harga yang murah.

Para penternak yang berminat boleh membuat permohonan sehingga sebelum atau pada 31 Mei 2022.

Syarat Kelayakan

Para penternak yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Premis ternakan mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pendaftaran hendaklah pada atau sebelum 31 Disember 2021)
  2. Makanan ternakan mestilah menggunakan PKC dan disertakan dengan invois pembelian.
  3. Pemohon merupakan penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:
    – Lembu/kerbau ≤ 50 ekor
    – Kambing/Bebiri ≤ 100 ekor
  4. Pemohon mestilah menghantar borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/3xgkFXI.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk dihantar bersama borang permohonan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan Pembelian PKC.
  3. Salinan nombor akaun Agrobank pemohon.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi PKC, sila layari laman web https://www.dvs.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.