Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini telah membangunkan satu aplikasi yang membolehkan pengguna menyemak jualan murah iaitu MySales Tracker.
MySales Tracker dibangunkan oleh KPDNHEP untuk membekalkan maklumat jualan murah kepada orang awam dalam jarak 20km,
Ini bermakna, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai jualan murah akan dipaparkan pada peta dalam aplikasi mudah alih secara automatik dalam jarak 20km daripada lokasi telefon bimbit tersebut.
Oleh itu, pengguna adalah amat dialu-alukan untuk memuat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store segera!
Maklumat Jualan Murah
Pengguna akan mendapat maklumat jualan murah di premis dalam jarak 20km sekiranya fungsi GPS diaktifkan dan lokasi tersebut akan dipaparkan pada peta aplikasi secara automatik.
Selain itu, fungsi carian juga disediakan jika pengguna ingin mencari premis yang diinginkan.
Pengguna akan mendapat maklumat-maklumat jualan seperti:
- Nama Syarikat
- No. Pendaftaran Syarikat
- No. Permohonan Jualan
- Tempoh Jualan
Perbezaan Harga
Pengguna juga boleh mengetahui nama produk, harga sebelum diskaun, dan harga selepas diskaun bagi setiap premis yang mengadakan jualan murah menerusi aplikasi ini.
Ini akan membantu pengguna melihat perbezaan harga yang lebih jelas dan membantu untuk membeli dengan bijak.
Brochures
Aplikasi ini juga akan memberikan brochures atau senarai risalah jualan murah untuk pengetahuan pengguna.
Aduan Secara Whatsapp
Menerusi aplikasi ini, pengguna juga boleh mengemukakan aduan terhadap aktiviti jualan murah yang meragukan.
Pautan Muat Turun
Untuk memuat turun aplikasi ini, pengguna boleh memuat turun menerusi pautan berikut:
- Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysalestracker&hl=en&gl=US
- App Store: https://apps.apple.com/my/app/mysales-tracker/id1294180439
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai aplikasi MySales Tracker, sila layari Facebook KPDNHEP di pautan https://www.facebook.com/kpdnhep.