Advertisements

Peluang Latihan Praktikal Pelajar IPT Di SME Corp. Malaysia

Pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, mereka boleh menjalani latihan praktikal yang ditawarkan di SME Corp. Malaysia.

SME Corp. Malaysia merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang ditubuhkan pada 2 Mei 1996.

Agensi ini ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Selain itu, ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. 

Bagi pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di agensi ini, sila hantar permohonan sebelum 31 Julai 2022.

Bidang Pengajian

Pelajar dalam bidang pengajian berikut layak untuk memohon:

  • Ekonomi
  • Perbankan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak SME Corp. Malaysia kepada pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian yang ditetapkan dan diiktiraf sahaja.
  3. Pelajar tersebut mestilah sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS dalam dan luar negara.
  4. Tempoh minimum praktikal adalah 3 bulan dan tempoh boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan serta peraturan semasa.
  5. Hanya permohonan dalam talian (online) yang lengkap sahaja dipertimbangkan.
  6. SME Corp. berhak sepenuhnya menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan.
  7. Sekiranya pelajar tidak menerima maklum balas dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
  8. SME Corp. tidak menerima permohonan melalui pos.
  9. Penempatan pelajar adalah di seluruh Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan untuk menjalani latihan praktikal ini boleh dibuat menerusi pautan https://oaserver.smecorp.gov.my/oa/praktikal.nsf/internship.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Latihan Praktikal di SME Corp, sila hantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.