Agro Bank telah membuat tawaran kepada ahli Persatuan Peladang Kawasan (PPK) bagi tujuan penulisan wasiat di mana-mana cawangan Agro Bank yang berhampiran.
Promosi ini diberikan khusus kepada ahli PPK untuk memastikan mereka berbuat demikian sebelum mereka meninggal dunia.
Untuk makluman, pentadbir/wasi yang dilantik bagi penulisan wasiat ini adalah MyAngkasa Amanah Berhad manakala Agro Bank pula bertindak sebagai ejen untuk untuk penulisan wasiat kepada MyAngkasa Amanah Berhad
Untuk ahli PPK yang berminat, promosi ini dibuka mulai 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Kepentingan Penulisan Wasiat
Terdapat beberapa kepentingan penulisan wasiat ini dilakukan iaitu:
- Memastikan perancangan kewangan dan pelaksanaan wasiat anda terjamin.
- Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
- Pelantikan seorang penjaga melalui wasiat yang dipercayai akan memastikan kebajikan kanak-kanak di bawah umur selepas kematian.
- Mengurangkan beban yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan.
- Pembahagian 1/3 harta kepada bukan waris Faraid.
- Mempercepat proses perundangan.
Harga Pendaftaran
Harga promosi untuk pendaftaran ini adalah RM300 sahaja kepada ahli PPK berbanding RM500 bagi harga yang asal.
Syarat Pendaftaran
Syarat pendaftaran untuk promosi ini adalah seperti:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada semua ahli PPK sahaja.
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila berbuat demikian di mana-mana cawangan Agrobank terdekat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut promosi pakej ini, sila hubungi talian 1-300-88-2476 atau layari https://www.agrobank.com.my.