Young Talent Program 2022 Agro Bank merupakan satu program yang dia wujudkan untuk memberi peluang kepada graduan mendapatkan latihan dan peluang pekerjaan di industri perbankan.
Tahun ini Agro bank sekali lagi membuka peluang kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana ke diluar sana untuk memohon.
Antara manfaat yang bakal dinikmati oleh graduan yang layak di dalam program Young Talent Program 2022 Agro Bank adalah seperti berikut:
- Pendedahan awal bekerja dalam sektor perbankan
- Peluang kerjaya bersama Agro Bank sebaik menamatkan latihan
- Bimbingdan dan sokongan kerjaya daripada mereka yang berpengalaman
- Elaun dan imbuhan yang kompetetif
- Pengalaman bekerja di cawangan Agro Bank dan ibu pejaba Agro Bank
Syarat kelayakan
Graduan yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
- Graduan baru dengan pengalaman kurang daripada 2 tahun
- Warganegara Malaysia dengan umur maksimum 27 tahun pada tarikh diterim masuk
- Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan Kredit (kelebihan bagi dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Pemasaran, Bisnes dan sebagainya)
- Minimum CGPA 3.50 dan ke atas
- Minimum Band 4 dalam ujian Malaysian University ENglish Test (MUET)

Baca juga: Program Roda Darul Ehsan (RiDE) 2022 – Subsidi Lesen Motosikal RM350
Cara Memohon Young Talent Program
Graduan yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon menerusi borang permohonan ini.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan secara dalam talian sudah dibuka dan akan ditutup pada tarikh 31 Mei 2022 jam 5 petang.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program YTP Agro Bank ini, boleh menghantarkan emel ke alamat [email protected]