Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Tren Khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur, serta lapan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan akan dilaksanakan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Inisiatif ini bagi memberi kemudahan kepada para pengundi yang akan pulang ke negeri masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab dalam PRU-15.
Untuk tren khas dan ETS ini, sebanyak 716 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan tren ETS.
Penjualan penjualan tiket-tiket ini akan dijual mulai 1 November 2022, jam 2 petang.
Jadual Perjalanan
Perjalanan bagi tren khas akan berlepas pada 3.40 petang pada 18 November dari Stesen KL Sentral dan dijangka tiba pada 7.40 pagi pada 19 November di Stesen Tumpat manakala tren dari Stesen Tumpat akan berlepas pada 5.10 petang pada 20 November dan tiba pada 11.26 pagi 21 November.
Jadual penuh perjalanan boleh dirujuk melalui gambar di bawah:
Perkhidmatan tren ETS tambahan melibatkan laluan Stesen KL Sentral ke Stesen Padang Besar dan sebaliknya serta Stesen Butterworth ke Stesen KL Sentral turut disediakan bagi tarikh yang sama.
Jadual perjalanan ETS tambahan yang lengkap boleh dirujuk dalam gambar di bawah:
Cara Pembelian Tiket
Untuk membeli tiket tren, terdapat 2 cara boleh dilakukan iaitu:
Laman Web
- Layari laman web https://online.ktmb.com.my/.
- Klik bahagian ‘Log In/Sign Up.’
- Klik tulisan ‘Sign Up Now.’
- Isi maklumat dan klik butang ‘Sign Up.’
- Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Pilih destinasi dan tarikh perjalanan.
- Buat pembayaran dan pembelian selesai.
Aplikasi KTMB Mobile
- Muat turn aplikasi KTMB Mobile (KITS)
- Klik bahagian ‘Register.’
- Isi maklumat dan klik butang ‘Register.’
- Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Pilih destinasi dan tarikh perjalanan yang dikehendaki.
- Buat pembayaran dan pembelian selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Tren Khas Keluarga Malaysia dan ETS sempena PRU-15, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB 03-22671200 atau melayari laman web KTMB https://www.ktmb.com.my untuk maklumat lanjut.