Advertisements

SIKBMPP: Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah membuka permohonan Fasa 2 Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) kepada mereka yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang dalam bidang sukan.

SIKBMPP merupakan insentif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik Negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh itu, belia Pulau Pinang yang layak boleh menghantar permohonan dengan segera.

Jumlah Insentif

Jenis KejohananKadar Insentif IndividuKadar Insentif Pasukan
Kejohanan berbentuk akademik/kokurikulum di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan PersekutuanJohan-RM500

Naib Johan-RM300

Tempat Ketiga-RM200
Johan-RM1,500

Naib Johan-RM1,200

Tempat Ketiga-RM1000
Kejohanan berbentuk akademik/kokurikulum di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan atau pihak swastaJohan-RM300

Naib Johan-RM200

Tempat Ketiga-RM100
Johan-RM800

Naib Johan-RM500

Tempat Ketiga-RM300
Kejohanan berbentuk akademik/kokurikulum di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa atau agensi kerajaan negara yang berkenaanJohan-RM1,000

Naib Johan-RM800

Tempat Ketiga-RM500
Johan-RM3,000

Naib Johan-RM2,500

Tempat Ketiga-RM2,000
Kejohanan berbentuk akademik/kokurikulum di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan atau pihak swastaJohan-RM500

Naib Johan-RM300

Tempat Ketiga-RM150
Johan-RM1,000

Naib Johan-RM800

Tempat Ketiga-RM500

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk insentif ini adalah:

  1. Had umur adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.
  2. Setiap individu sama ada penyertaan secara individu atau berpasukan mestilah berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang.
  3. Belajar secara sepenuh masa/bukan golongan pelajar mestilah bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang.
  4. Kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum adalah berkaitan dengan mana-mana kursus, aktiviti atau mata pelajaran yang ternyata dalam kerangka kurikulum mereka.
  5. Permohonan kejohanan sukan tidak akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).
  6. Berjaya mendapat Johan atau Tempat Pertama sahaja dalam kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum yang dipertandingkan.
  7. Kejohanan peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya 5 buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat sokongan sebagai bukti.
  8. Kejohanan yang diiktirafkan oleh badan-badan professional.
  9. Kejohanan peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya 3 buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau diiktirafkan oleh badan-badan professional.
  10. Kejohanan berbentuk individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  11. Permohonan daripada individu atau pasukan hanya boleh dibuat satu 1 kali setahun sahaja, dan
  12. Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC selewat-lewatnya 6 bulan setelah tamat kejohanan tersebut.

Cara Memohon

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://pydc.com.my/wp-content/uploads/2022/01/BORANG-PERMOHANAN-BEST-ANAK-PENANG-1.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada PYDC di alamat:

    No. 1-02-01, Jalan Ahmad Nor,
    Pusat Dagangan Nova,
    11600 Jelutong, Pulau Pinang.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti:

  1. Borang penyertaan dan garis panduan pertandingan.
  2. Surat sokongan daripada kementerian/jabatan pendidikan atau badan-badan profesional yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  3. Gambar-gambar pertandingan.
  4. Artikel liputan berita media massa dan elektronik.
  5. Dokumen-dokumen sokongan untuk membuktikan penyertaan bilangan negeri/negara adalah mencukupi.
  6. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai SIKBMPP, sila layari https://pydc.com.my/bestanakpenang/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.