Usahawan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) di Pulau Pinang yang ingin mendapatkan subsidi memperbaharui atau memohon pensijilan halal boleh berbuat demikikan menerusi Geran Pensijilan Halal Malaysia.
Geran Pensijilan Halal Malaysia adalah subsidi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempromosikan pensijilan halal bagi kepada usahawan PMKS yang bertapak di Pulau Pinang.
Pelaksanaan geran ini diharap dapat meningkatkan pensijilan halal di Pulau Pinang dalam kalangan usahawan PMKS.
Mengenai Pensijilan Halal
Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan yang bertanggungjawab pensijilan halal di Malaysia.
Secara umumnya, keperluan umum pensijilan halal adalah seperti berikut:
- Setiap pengeluar produk/premis makanan/rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
- Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
- Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
- Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendalikan dan memastikan pematuhan prosedur pensijlan halal.
- Disyaratkan mempunyai mnima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan;
- Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak.
- Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratksn kesihatan.
- Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja.
- Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).
- Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.
- Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices).
Terma & Syarat
Terma dan syarat bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:
- Entiti perniagaan beroperasi di Pulau Pinang.
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Permohonan baharu pensijilan halal atau pembaharuan sijil halal sedia ada.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan pendaftaran https://bit.ly/geransijilhalalphi22.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Pensijilan Halal Malaysia, sila hubungi pihak Penang Halal International di talian:
- Telefon: +604 262 5444/018-271 2544 (Puan Nazirah/Puan Syafiqah)
- Faks: 04-261 7244
- Email: [email protected]