Pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) tempatan di peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda, permohonan TNB Prime Scholarship telah dibuka.
TNB Prime Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN).
Tawaran biasiswa ini adalah untuk kemasukan untuk semester satu, tahun pertama pengajian di UA.
Permohonan secara online boleh dibuat mulai 24 September hingga 14 Oktober 2022.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang termasuk dalam tajaan adalah seperti berikut:
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Pengajian Bisnes/Pengurusan
- Data Sains/Statistik/Matematik
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
Syarat Kelayakan Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:
- Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau
- Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://ytn.tnb.com.my/.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Klik bahagian ‘Register.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai TNB Prime Scholarship boleh disalurkan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.